Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT
Bank Rakyat merupakan sebuah institusi kewangan yang disememangnya terkenal dengan institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman peribadi secara Islamik dikhususkan buat para peminjam di sektor awam dan juga swasta. Bank Rakyat beroperasi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan bukannya di bawah Bank Negara Malaysia. Bank Rakyat menyediakan kemudahan Pinjaman Peribadi i-Aslah dengan kadar faedah yang sangat berpatutan dan tidak membebankan. Proses kelulusan permohonan pinjaman peribadi ini mengambil masa sehingga lima hari bekerja sahaja kerana ia tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran untuk memohon pinjaman.
KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan keatas sehingga 60 tahun semasa tamat tempoh bayaran balik pinjaman
- Pemohon berkhidmat dalam sector awam atau syarikat GLC yang terpilih
- Pemohon mestilah bekerja tetap dan telah disahkan jawatan
- Berpendapatan sekurang – kurangnya RM 2,000 sebulan termasuk elaun tetap
- Bagi pemohon yang berstatus kontrak, pendapatan bulanan minima adalah sebanyak RM 8,000.00 sebulan
TEMPOH PINJAMAN
Tempoh minima bayaran bagi setiap pinjaman peribadi adalah selama 12 bulan sahaja dan maksima adalah sepuluh tahun. Ia bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan dan juga tempoh perkhidmatan pemohon pinjaman.
KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang dikenakan kepada setiap pinjaman adalah dengan kadar rata antara 4.95% – 9.37% bergantung kepada jumlah pinjaman serta tempoh bayaran pinjaman. Ini juga bergantung kepada pilihan untuk bayaran ansuran. Secara amnya, anda boleh mendapat kadar feadah yang rendah dengan pembayaran automatik secara potongan gaji.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Sediakan satu salinan kad pengenalan (belakang dan depan)
- Slip gaji atau bukti pendapatan untuk 3 bulan terakhir atau terkini
- Penyata bank untuk tempoh 3 bulan terkini (pengesahan kemasukan gaji atau
bukti pendapatan)
- Penyata kewangan KWSP
- Surat pengesahan majikan; atau
- Borang EA; atau
- Slip pengesahan penerimaan e-B oleh LHDN
CIRI – CIRI PEMBIAYAAN UNTUK BANK RAKYAT PFI
- Pembiayaan pinjaman adalah sehingga RM 200,000.00
- Tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun
- Tiada penjamin atau cagaran diperlukan
- Perlindungan insurans takaful adalah pilihan pelanggan namun adalah digalakkan
- Kadar keuntungan tetap atau terapung boleh dipilih mengikut kesesuaian
CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN
Kemudahaan pembiayaan pinjaman peribadi ini adalah berdasarkan konsep Tawarruq yang berkonsepkan Wa’ad daripada pihak pelanggan. Ia bermaksud pihak bank akan membeli sejumlah komoditi daripada pihak pembekal komoditi dan kemudian menjual semula komoditi kepada pihak pelanggan berlandaskan konsep Murabahah pada harga jualan (iaitu kos komoditi bersama keuntungan) secara tangguh. Setelah itu, pihak bank yang merupakan ejen pelanggan akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai. Kemudahan tunai yang diperolehi daripada pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan yang membuat pinjaman. Setiap permohonan pinjaman yang berjaya akan dikenakan duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pembiayaan. Fi Wakalah berjumlah RM 30.00 akan dikenakan Ta’widh atau caj bayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun bagi jumlah bayaran bulanan yang tertunggak. Setiap pemohon dinasihatkan untuk mengambil perlindungan insurans Takaful Berkelompok daripada syarikat yang telah dilantik oleh pihak ank. Kemudahan pinjaman Bank Rakyat tidak memerlukan penjamin atau sebarang wang pendahuluan.
Bayaran untuk Pinjaman Bank Rakyat adalah amat flesibel. Kaedah pembayaran balik pinjaman boleh dilakukan seperti di bawah :
- Secara pindahan gaji ke Bank Rakyat
- Melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Melalui potongan gaji majikan
- Pembayaran balik secara elektronik
FI DAN CAJ YANG DIKENAKAN
- Sebanyak 0.5 % duti setem akan dicaj berdasarkan jumlah pembiayaan seperti yang termaktub di dalam Akta Duti Setem 1949
- Semasa tempoh pembiayaan, caj ganti rugi (ta’widh) akan dikenakan sebanyak 1% setahun bagi setiap jumlah bayaran bulanan yang tertunggak
- Selepas tamat tempoh pembiayaan, sekiranya terdapat baki yang tertunggak maka caj akan dikenakan berdasarkan kadar semasa Pasaran Kewangan Antara Bank secara Islam
- Para peminjam disaran serta digalakkan untuk mengambil perlindungan takaful berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh pihak bank
- Fi wakalah atau agensi sebanyak RM 30.00 (termasuk yuran broker) akahttps://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/financemalaysia/loancomparisonmalaysia.htmln dikenakan kepada para peminjam
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pinjaman peribadi Bank Rakyat, pemohon boleh berkunjung ke cawangan bank Rakyat berhampiran, berhubung melalui Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau melayari laman web Bank Rakyat di https://bankrakyat.com.my dan sini