Pos Kuala Mu Camping
Pos Kuala Mu campsite terletak di Kuala Mu, Sungai Siput Perak. Walaupun namanya adalah Sungai Siput,tetapi tapak ini adalah agak dalam dari Sungai Siput dan terletak berdekatan dengan sempadan Kelantan. Jalan masuk dari Jalong ke Kuala Mu mencabar ,sempit, berliku dan berbukit. Kuala Mu masih lebih kurang 2 jam perjalanan dari Pekan Sungai Siput, walaupun terletak di dearah Sungai Siput. Pastikan brek anda berfungsi dengan betul dan kenderaan adalah dalam keadaan baik sebelun berlepas ke Pos Kuala Mu. Kebanyakan Tapak di Kuala Mu ini terletak di atas bukit selepas Kampung Orang Asli. Kawasan perkhemahan is Kuala Mu adalah amat sejuk dan nyaman , dah ia adalah sejuk seperti Cameron Highlands dan ada campers yang menyatakan kawasan ini adalah jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands , bergantung kepada cuaca semasa. Oleh itu, sila membuat persediaan yang secukupnya.
Internet dan 4G di sini adalah amat lemah dan hampir tiada Internet , oleh itu anggaplah kawasan ini tiada Internet langsung kecuali untuk penguna Celcom kerana terdapat satu menara Celcom di sini. Udara di Pos Kuala Mu adalah amat nyaman dan bersih kerana ia terletak di kawasan yang agak pendalaman. Terdapat satu sungai di sini yang amat cantik dan bersih oleh kerana ia terletak di kawasan yang amat hulu. Kawasan ini langsung tidak mempunyai restoran , dah hanya mempunyai kedai runcit kecil. Oleh itu sila membuat persiapan yang secukupnya jika anda bermalam lama di sini. Sila membawa bekalan makanan yang secukupnya. Terdapat juga pilihan chalet jika anda tidak mempunyai peralatan camping di Pos Kuala Mu.
Chalet atau bercamping ?
Kebanyakan chalet di sini adalah jenis diperbuat dari bahan-bahan alam. Jika anda bercamping, terdapat kemudahan asas seperti tands.
Terdapat beberapa tapak camping di Pos Kuala Mu. Untuk membuat tempahan anda boleh menelefon ,
Chalet Dusun Post Kuala Mu Emma 60 17-403 8506
Chalet Kampung Bersah boleh hubungi En Saidin Ismail 0194117281