Powerbank terbaik untuk camping
Bercamping adalah pengalaman yang seronok , namun terdapat tapak perkhemahan yang tidak mempunyai bekalan elektrik ,ataupun powerpoint yang mencukupi dan kadang-kadang bekalan elektrik adalah amat jauh dari tapak perkhemahan. Lebih-lebih lagi jika anda bermalam lebih dari satu malam dan anda mempunyai banyak perkakasan yang memerlukan bekalan elektrik. Ini adalah beberapa power bank yang terbaik dengan bajet yang tidak terlalu tinggi dan sesuai untuk pengunaan semasa berkhemah.
Terdapat pelbagai jenis power station di pasaran untuk mereka yang bercamping. Tiada masalah juga untuk mereka yang hendak membawa power bank sahaja. Kebanykan power station mempunyai pilihan untuk solar panel bagi tujuan mengecasan dengan matahari.
Tips untuk mengekalkan hayat powerbank ataupun power station. Jangan sesekali mengunakan Fast charging untuk mengecas bateri yang tidak mempunyai fungsi fast charging. Bateri akan cepat kembung kalau fast charger digunakan.
Power Bank Remax 80,000 mAH
(Harga lebih kurang RM 200)
- Mempunyai pengecasan pantas
- Jaminan 1 bulan
- Sokongan untuk USB C dan Micro USB
Antara pilihan yang paling popular untuk bercamping dengan harga yang berpatutan. Sesuai untuk pengunaan lebih dari 2 malam. Pengalaman bermalam 3 malam, untuk pengunaan 3 peranti , 1 kipas dan 4 lampu. Lampu digunakan pada waktu malam sahaja. Pengunaan peranti adalah seperti biasa dan dicharge hanya selepas habis bateri. Kipas digunakan pada waktu tertentu sahaja. Power Bank Remax masih mempunyai lebih 10% bateri selepas 3 malam pengunaan.
EcoFlow RIVER PRO 600W
(Harga lebih kurang RM 1,500 promo)
Antara produk power station yang terbaik dalam pasaraan. Antara kelebihan produk Ecoflow adalah fungsi pengecasan yang amat pantas. Disamping itu, produk ini mempunyai mutu kualiti yang tinggi, kebiasaan jamanin adalah 5 tahun.
- Fast charging, dari 0% hingga 100% hanya lebih kurang 1 jam
- Semasa anda mengecas Ecoflow anda juga boleh mengecas benda-benda lain
- Jaminan produk sehingga 5 tahun
- Berbagai jenis charge method
Bluetti EB70 1000w 716wh
(Harga lebih kurang RM 2,500)
Bluetti antara jenama powerstation yang bagus di pasaran. Harga adalah keras kerana anda membeli antara satu-satunya produk yang terbaik dalam pasaran. Harga termasuk solar panel
- Jaminan produk 2 tahun
- Termasuk Solar Panel
- Boleh digunakan dengan AC DC
- Kapasiti bateri 224,000 Mah
- Cas penuh lebih kurang 8 – 9 jam
- Bateri tahan lebih dalam berbanding EcoFlow
Power Station Solar Charger Generator 47,000 Mah
(Harga lebih kurang RM 600)
- Mempunyai beberapa jenis soket yang berlainan
- Jaminan 1 tahun
- Universal AC soket
- Mempunyai pengecasan pantas
- Mempunyai sijil EU
- Boleh digunakan dengan Solar Panel (Pilihan pembelian)
- Harga agak keras
B Solar power station adalah satu jenama dalam wishlist pengemar perkhemahan di Malaysia. Power station ini boleh digunakan dengan 30W USB Solar panel , oleh itu tiada masalah tidak cukup elektrik untuk mereka yang bercamping beberapa malam. Berdasarkan semakan, produk ini mempunyak kualiti yang terjamin.
Power Station VANPA
(Harga bermula RM 316 untuk unit termurah)
- Pilihan 60,000 mAh ke 240,000 mAH bergantung kepada bajet
- Mempunyai pilihan untuk top up Solar panel
- Soket USB dah AC
- Mempunyai pengsijilan China dalam akpek kualiti dan keselamata
Bateri kini kuat untuk pengecasan perkakasan seperti periuk nasi, peti sejuk mini , laptop dan sebagainya. Bergantung kepada unit, ia mumpunyai 3 soket USB dah satu soket untuk AC.
Portable Yobolife Powerbox Solar charger
(Harga bawah RM 150)
- Harga amat murah ,termasuk panel solar
- Termasuk 4 mentol
- Mempunyai soket USB dah DC12v
Harga Yobolife memang murah sekali. Powerbox ini termasuk solar panel. Namun baterinya hanya adalah pilihan 3,500mah dan 5,000 mah.
Solar Powerbank 5,000mAh
(Harga bawah RM 50)
- Harga amat murah
- Termasuk solar
- Kalis air, jatuh dan habuk
- Jaminan Satu bulan
Harga produk ini adalah antara yang termurah di shopee. Walaupun tertulis 100k Mah, sebenarnya powerbank ini hanya 5,000 mAH. Tidak dapat full charge satu telefon. Anda mungkin perlu megecas produk ini beberapa kali untuk mengecas telefon anda.