Produk Hilangkan Parut Jerawat

Kehadiran jerawat pada kulit wajah pastinya merungsingkan setiap individu terutamanya yang memiliki kulit jenis berminyak. Jerawat terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan seseorang. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkan keyakinan diri akan berkurangan. Proses merawat serta memulihkan jerawat mungkin akan mengambil masa yang lama sehingga bertahun – tahun. Malah, pemakaian produk yang salah juga boleh menyebabkan jerawat semakin teruk dan susah hendak dirawat. Namun, kini terdapat pelbagai produk di pasaran yang dapat membantu merawat serta mengurangkan parut jerawat tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

 

Tips Memilih Produk 

Beberapa tips perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan, antaranya seperti berikut: 

 

Jenis Kulit

Produk mestilah sesuai dengan jenis kulit kerana ianya boleh merengsakan kulit sekiranya tidak sesuai

 

Kenal Pasti Jenis Parut Jerawat 

Kenali dahulu parut yang dialami samada ianya parut jerawat hitam atau merah, boxcar, ice pick, atropik atau keloid supaya mudah untuk memilih produk yang bersesuaian

 

  • Parut jerawat hitam atau merah (hiperpigmentasi)

Pilih produk yang kaya dengan retinol, Vitamin C atau produk pencerahan kulit. 

 

  • Parut jerawat berlubang

Pilih produk yang mengandungi kolagen, niacinamide, propolis atau produk ‘chemical peeling’.

Bahan-bahan

Sebaiknya produk tersebut mengandungi bahan – bahan yang berkesan menghilangkan parut jerawat dan tidak menyebabkan alahan atau memberi kesan negatif kepada kulit. Elakkan produk yang mengandungi alkohol serta paraben jika kulit adalah jenis sensitif. Sebaiknya pilih produk yang mengandungi retinol atau niacinamide, vitamin C serta AHA.

 

Produk Hilangkan Parut Jerawat Yang Terdapat Di Pasaran

Anda boleh mencuba produk yang tersenarai di bawah ini. Namun, pilihlah produk yang sesuai dengan kulit wajah bagi mendapatkan kesan yang lebih optima.

 

Aiken – Face & Body Day Lotion (Tea Tree Oil)

Produk ini berfungsi menghilangkan parut jerawat serta dapat melindungi kulit dari sinaran mentari kerana dilengkapi dengan SPF. Kandungan tea tree oil yang terdapat di dalamnya bukan hanya menghilangkan parut jerawat, malah turut menghalang pertumbuhan jerawat baru, dapat menyingkirkan kotoran pada liang-liang pori dan dapat memberi kelembapan pada kulit. Produk ini juga dilengkapi dengan pewangi tambahan dan sesuai digunakan untuk seluruh badan.

Dermatix – Advanced Scar Formula

Krim Dermatix ini mengandungi vitamin C serta menggunakan teknologi CX5 yang dapat melindungi serta mencerahkan kulit. Produk ini dapat mengurangkan kesan parut kerana ianya menggunakan teknologi silicon dan amat sesuai untuk parut jenis keloid serta hyperthropic.

 

Some By Mi -Yuja Niacin 30 Days Blemish Care Serum

Produk Some By Mi ini mengandungi Niacinamide, vitamin C serta sitrus buah Yuja yang tidak melekit dan beraroma buah-buahan. Ia sedikit berair tetapi mudah menyerap dan sesuai digunakan untuk semua jenis parut jerawat serta parut-parut lain seperti luka, parut terkena minyak panas dan sebagainya.

 

Dr. Dermis – Anti-Hyperpigmentation Serum 

Bagi yang mempunyai masalah parut jerawat berlubang, produk ini boleh membantu. Selain menghilangkan parut jerawat, ia juga dicipta untuk mengilangkan masalah jeragat, bintik hitam serta post inflammatory hyperpigmentation. Produk ini mengandungi resveratrol dan vitamin C yang juga mampu merawat, melembap serta menguatkan struktur kulit.

Cosrx – AHA BHA Vitamin C Daily Toner 

Toner ini mengandungi vitamin C serta Niacinamide yang dapat memudarkan parut jerawat berlubang serta tompok hitam. Produk ini akan menyebabkan pengelupasan kulit dan seterusnya menjana sel kulit baru serta menghalang pertumbuhan jerawat. Walau bagaimana pun, ianya tidak boleh digunakan secara kerap kerana terdapat kesan sampingan pada kulit.

 

Wardah – Lightening Face Toner 

Penyegar wajah ini bertindak memperbaharui sel kulit selain menyegarkan serta mengekalkan pH kulit sebelum memakai produk lain. Kandungan Advanced Niacinamide di dalam produk ini membantu memudarkan parut jerawat, mencerahkan serta membuatkan kulit lebih bersih dan dapat mengurangkan bintik – bintik hitam. 

 

Cosmoderm – Pure Tea Tree Oil

Minyak pati tea tree yang terdapat dalam produk ini bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Malah, produk ini juga dapat membantu menyingkirkan bakteria yang terdapat pada kulit wajah sekaligus dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat baru kerana ia mampu mengawal pengeluaran sebum.

 

T3 Pimple Gel Plus 

Produk berasaskan gel ini mampu memudarkan parut jerawat serta mencegah pertumbuhan jerawat. Ia dapat membersihkan liang – liang pori yang tersumbat, tidak mengeringkan kulit, mampu melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. T3 Pimple Gel Plus diformulasikan oleh campuran ekstrak Canadian Willow Herb, ekstrak Willow Bark serta minyak semulajadi dari pokok teh Australia yang memberi keseimbangan kepada kulit yang berjerawat. 

 

Rosa T Acne Serum Garden of Eden 

Mengandungi 100% bahan semulajadi yang berasaskan tumbuhan serta bebas bahan kimia. Antara kandungan serum ini adalah tea tree oil, rosehip seed oil dan natural vitamin E yang dapat memudarkan parut jerawat, memperbaiki tekstur kulit serta mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit berparut, berminyak dan berjerawat.

 

Rosken – Bio Serum

Produk Rosken ini bertindak mengurangkan parut jerawat, memperbaiki struktur kulit, mengekalkan keanjalan, mengatasi ketidakseimbangan warna kulit malah mengurangkan tanda penuaan pada kulit. Ia juga mampu melembapkan serta menenangkan kulit wajah kerana mengandungi bahan – bahan semulajadi seperti vitamin A, E, minyak rosemary, minyak lavender, minyak chamomile, minyak calendula dan minyak rosehip. Serum ini sesuai untuk kulit sensitif.

 

Pyungkang Yul Calming Moisture Barrier Cream

Produk ini kaya dengan bahan semulajadi seperti ceramide, ekstrak daun pegaga, ekstrak tea tree, panthenol, lima jenis asid hialuronik, squalene serta mentega shea ini sering menjadi pilihan ramai. Kandungan bahan – bahan ini kesemuanya diformulasikan untuk mengawal sebum berlebihan, memudarkan kesan parut jerawat, melembapkan, melindungi serta mengurangkan kerengsaan kulit.

Jumiso All Day VC-IP 1.0 Firming Serum

Selain memudarkan kesan jerawat, serum ini bertindak mencerahkan kulit kusam, menghasilkan kolagen serta melembapkan kulit secara intensif. Ia diperbuat dari ekstrak buah aronia serta mengandungi ascorbyl tetraisopalminate untuk penghasilan kolagen dan bakuchiol yang dapat mengurangkan tanda – tanda penuaan. Malah, produk ini juga mengandungi antioksida yang tinggi.

Garden of Eden Rora T Acne Serum

Serum yang terbukti berkesan menghilangkan parut jerawat adalah dari produk Garden of Eden – Rora T Acne dan sesuai untuk jenis kulit berjerawat dan berminyak. Ia diperkaya dengan tea tree oil, vitamin E serta minyak rosehip yang berkesan mengurangkan pertumbuhan jerawat, mengurangkan sebum berlebihan serta memudarkan parut jerawat. 

Garden of Wisdom C-Deep Vitamin C Serum

Bukan sekadar menyerikan kulit wajah, namun serum ini turut membantu memudarkan segala cela dan parut jerawat. Serum yang kaya dengan squalene dan vitamin C ini mudah meresap ke dalam kulit. Ia bebas daripada alkohol dan pewangi.

Bio Oil Skin Care Oil

Produk drugstore yang laris di Watsons adalah Bio Oil Skin Care Oil. Ia dirumus khas dengan minyak PurCellin dan terbukti berkesan merawat parut. Selain itu, ia juga elok untuk mengatasi masalah kulit seperti kulit kering, penuaan serta tanda regangan. kerana mengandungi vitamin A dan E yang tinggi. 

Dr Dennis Gross Extra Strength Peel

Produk jenama Dr Dennis Gross Alpha Beta Extra Strength Peel ini sangat popular kerana ianya mengandungi asid salisilik, AHA, retinoid, antioksida dan vitamin yang membantu menyingkirkan sel kulit mati serta lebihan minyak. Ia turut melembutkan tekstur kulit yang kasar serta tona tidak sekata. Malah, hasil pemakaian produk ini setanding dengan rawatan wajah di klinik kecantikan lain.

SkinCeuticals Advanced Scar Control

SkinCeuticals Advanced Scar Control ini dilengkapi dengan 95 peratus silicone gel dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia dapat memberi kelegaan kepada kulit wajah, melembutkan kulit, dapat mengurangkan kerengsaan serta mengurangkan parut dan cela yang terdapat pada kulit wajah dengan adanya allantoin dalam produk ini.

Hiruscar Silicone Pro

Hiruscar Silicone Pro sememangnya produk terbaik yang boleh diperolehi di farmasi berhampiran terutamanya di Watson. Ia kaya dengan ramuan silikon yang membantu memudarkan parut dengan lebih efektif. Ia juga dapat mengurangkan kegatalan serta ketidakselesaan pada kulit dan juga dapat memberi kelembapan yang berpanjangan.. 

Murad Invisiscar Resurfacing Treatment

Jika anda memiliki kulit yang sensitif bolehlah  mencuba produk Murad Invisiscar Resurfacing Treatment ini. Ia telah terbukti berkesan secara klinikal dapat memudarkan parut jerawat serta tona tidak sekata dalam hanya lapan minggu. Ia mengandungi vitamin C, Centella Asiatica serta asid salisilik. Malah, turut mengandungi ramuan bedak yang dapat menampilkan wajah yang lebih flawless.

Rejuvasil Silicone Scar Gel

Produk ini boleh dibeli di farmasi Guardian berhampiran. Ia berbentuk gel dan terdiri dari vitamin C, silicon, minyak emu serta squalene yang dapat mengurangkan keradangan serta memudarkan parut jerawat. Ia tidak melekit serta mudah diserap ke dalam kulit dan dapat memberikan perlindungan kulit yang maksima.

The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution

Selain dapat mengurangkan parut jerawat, produk ini juga dapat melembutkan kulit yang kasar, menyingkirkan sel kulit mati serta dapat mengelakkan liang pori tersumbat dengan adanya ramuan seperti asid glikolik. Produk ini juga diperkaya dengan ekstrak aloe vera, ginseng serta Tasmanian pepperberry yang dapat memberi kelegaan pada kulit.

 

Sebelum mencuba sesuatu produk, pastikan anda telah membaca label terlebih dahulu untuk mengetahui isi kandungan produk agar ianya sesuai dengan jenis kulit anda.