PTPTN Blacklist

Sejak tahun 2011 hingga Mac 2016, seramai 827, 921 rakyat Malaysia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen. Tindakan senarai hitam ini telah dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga perintah mahkamah. Antara individu yang paling ramai disenarai hitam adalah merupakan peminjam tabung Pendidikan PTPTN dan juga individu yang telah diisytihar muflis. Akibat disenarai hitam ini, individu tersebut akan disekat daripada ke luar negara dan akan menghadapi masalah sewaktu berada di lapangan terbang. Sebaiknya sebelum merancang untuk ke luar negara, setiap individu perlulah membuat semakan blacklist terlebih dahulu supaya tidak mengganggu perancangan serta perjalanan ke luar negara.

Selain nama disenarai hitam, ia turut memberi kesan terhadap rekod CCRIS di mana ia akan menyukarkan individu tersebut untuk membuat sebarang pinjaman samada pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan juga pinjaman perumahan.

 

CARA SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI PORTAL PTPTN

  1. Peminjam PTPTN boleh membuat semakan status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia iaitu di https://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan alamat emel peminjam
  3. Klik butang Hantar
  4. Sekiranya nama anda tersenarai, hubungi Seksyen Pengesanan dan Penguatkuasaan atau cawangan PTPTN yang berdekatan

 

CARA SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI PORTAL JABATAN IMIGRESEN

  1. Peminjam PTPTN boleh membuat semakan status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia iaitu di http://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Klik Semakan Dalam Talian
  3. Klik butang Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)
  4. Semakan Status Perjalanan Imigresen akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang Semak
  6. Sekiranya nama anda tidak disenarai hitam, maka keputusan semakan mendapati tiada halangan untuk anda keluar negara
  7. Sekiranya paparan “Sila Rujuk ke Pejabat Imigresen” bermakna anda telah pun disenarai hitamkan oleh PTPTN

 

CARA SEMAKAN SECARA TALIAN HOTLINE

  1. Peminjam juga boleh menyemak status senarai hitam melalui talian hotline yang telah disediakan di talian 03-2193 3000 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali hari Cuti Umum

Peminjam yang belum membuat pembayaran balik serta mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan nama disenarai hitam, langkah – langkah berikut boleh diambil seperti :

  1. Individu tersebut perlu membuat rundingan dengan pihak PTPTN dengan menghubungi talian hotline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PTPTN bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali hari Cuti Umum.
  2. Sekiranya merancang untuk ke luar negara, pastikan peminjam berkunjung ke cawangan pejabat PTPTN untuk sesi rundingan selewat – lewatnya tujuh hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sebarang sekatan semasa di lapangan terbang
  3. Bagi peminjam yang telah disenarai hitam, mereka perlu membayar kesemua hutang pinjaman termasuk tunggakan dan kos yang dikenakan bagi mengeluarkan nama daripada senarai hitam. Peminjam boleh membuat rundingan dengan pihak PTPTN sekiranya tidak mampu untuk membayar keseluruhan pinjaman dan membuat rundingan bayaran yang dipersetujui oleh pihak PTPTN serta membuat penstrukturan semula pinjaman