Panduan melancong ke Pulau Kapas


Pulau Kapas adalah satu Pulau yang terletak di Laut China Selatan. Pulau Kapas atau lebih dikenali sebagai Kapas Island memang terkenal dengan keindahan dengan air laut yang jernih dengan pokok nyiur.  Pulau Kapas terletak di daerah Marang , dan tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu. Jarak dari Pulau Kapas ke Jeti yang terdekat iaitu Jeti Marang adalah lebih kurang 6 ke 7 kilometer.

Pakej ke Pulau Kapas

Pulau Kapas

Pengunjung boleh menempah pakej penuh untuk ke Pulau Kapas ataupun pergi ke Pulau Kapas secara persendirian. Pakej yang disediakan adalah ,yang bermalam di resort ataupun day trip sahaja. Pakej ini biasa termasuk makan, minum , snorkling, penginapan dan bot. Anda juga boleh ke Pulau Kapas secara persendirian dengan hanya menempah bilik dan tiket boleh dibeli secara terus di Jeti Marang. Terdapat restoran dan kedai yang beroperasi di Pulau Kapas ,oleh itu tiada masalah makan dan minum.

 

Cara ke Pulau Kapas

Memandu Kereta

Jarak dari Kuala Lumpur ke Jeti Marang lebih kurang 440 KM.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam bergantung kepada keadaan jalan. Sesuai untuk mereka yang suka road-trip , memandu ke destinasi serata Malaysia. Terdapat kemudahan parkir di Jeti Marang. Buat masa ini, harga parking adalah RM9 semalam di Jeti Kapas

Flight Penerbangan

Pengunjung boleh menempah flight dari KL to Kuala Terengganu. Kemudian , ambil Taxi ataupu Grab dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Pulau Kapas, Marang. Perjalanan ini mengambil lebih kurang 40 minit.  Bot terakhir ke Pulau Kapas berlepas di jam 5.00 Petang. Oleh itu , pastikan flight anda tiba di Kuala Terengganu lebih awal.

Bas

Pengangkutan awam seperti bas juga boleh dipertimbangkan. Bas ke  Kuala Terengganu Bus Terminal (MPKT) berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan , Kuala Lumpur.  Pengunjung kemudian boleh mengambil taxi , Grab ke jeti Marang.

 

Bot ke Pulau Kapas

Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas denga bot hanya 6km dan mengambil masa kurang dari 30 minit,bergantung kepada resort yang ditujui. Tiket boleh dibeli terus di Jeti Marang ataupun termasuk di dalam pakej yang ditempah. Pengunjung boleh juga membuat day trip ke Pulau Kapas kerana ia adalah agak dekat dari Marang. Harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

 

Harga Tiket

RM40 Dewasa

RM20 Kanak-kanak

Percuma, Kanak-Kanak bawah 3

 

Waktu bot berlepas dari Jeti Marang ke Pulau Kapas

9.00 pagi

11.00 pagi

1.00 tengah hari (Tiada kemudahan pada hari Jumaat)

3.00 tengah hari

5 .00 tengah hari

 

Pulau Kapas Resort

Terdapat beberapa Resort, Chalet yang beroperasi di Pulau Kapas. Kebanyakan resort terletak dibahagian barat Pulau Kapas menghadap ke pekan Marang. Resort mempunyai restoran dan kantin sendiri.  Pengunjung boleh makan di luar jika makan dan minum tidak termasuk dalam pajek. Ini adalah senarai resort di Pulau Kapas

 

Kapas Turtle Valley (KTV) 

Kapas Beach Chalet (KBC)

Kapas Coral Beach Resort 

D’Seri Kapas

Qimi Chalet

LongSha campsite (untuk bercamping sahaja) 

Ombak Kapas Resort

Kapas Island Resort (Ditutup) 

Mak Cik Gemuk Chalet (Ditutup Selamanya) 

 

Jungle treking /Hiking Pulau Kapas

Jangan lupa bawa kasut hiking semasa di Pulau Kapas.  Trail dipenuhi dengan nyamuk. Sesetengah trail adalah jenis berbatu.

Pulau Singa

Lebih senang dibuat semasa air surut dari Jalan Pantai Pulau Kapas

Berakit 

Trail ini boleh dibuat dari treck ke Kapas Turtle Valley (KTV)