Pulau Ketam
Bagi anda yang ingin menghindari kesibukan kota buat sementara waktu, apa kata anda meluangkan masa di Pulau Ketam? Merupakan sebuah pulau kecil, Pulau Ketam terletak berhampiran Pelabuhan Klang, Selangor. Penduduk perkampungan Pulau Ketam ini majoriti berbangsa Cina dan dialek yang selalu digunakan adalah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Menariknya, terdapat juga penduduk yang beragama Islam di pulau ini walaupun mereka berbangsa Cina.
Dimana Pulau Ketam?
Pulau Ketam terletak di bahagian barat di arah bandar Klang. Pulau Ketam sebenarnya terletak tidak jauh dari Pulau Indah dan Pulau Carey. Cuma , jeti untuk ke Pulau Ketam terledak di Port Klang.
Feri Pulau Ketam
Pengunjung hanya boleh ke Pulau Ketam dengan Jeti Pulau Ketam yang dinamakan Jeti Penumpang South Port. Anda boleh mengunakan Waze , ataupun Google Map dengan “Jeti Pulau Ketam”. Jeti ini terletak kira-kira satu jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda boleh menaiki feri di jeti Pelabuhan Klang untuk tiba di jeti Pulau Ketam.Setakat Ogos 2023, harga tambang feri Pelabuhan Klang-Pulau Ketam adalah seperti berikut:
Penumpang Satu hala (RM) Dua hala (RM)
Kanak-kanak 6 12
Dewasa 12 20
Sebagai peringatan, perjalanan feri ini berjadual dan mempunyai masa bertolak
tertentu bagi setiap perjalanan. Jadi, anda disarankan untuk merujuk jadual
perjalanan feri terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan. Selain feri, alternatif
lain untuk ke Pulau Ketam ialah dengan menaiki bot laju.
Tarikan di Pulau Ketam
Walaupun nama Pulau Ketam tidak sepopular Pulau Tioman, Pulau Sipadan, dan Pulau Redang, tetapi Pulau Ketam juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
1. Jeti Pulau Ketam
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Pulau Ketam, jeti inilah yang akan menjadi destinasi pertama anda. Jeti ini merupakan titik pemula bagi pengembaraan anda di Pulau Ketam. Sepanjang perjalanan ke Jeti Pulau .Ketam, anda akan berpeluang untuk menikmati pemandangan perkampungan nelayan yang terdapat di sini..
2. Berbasikal di Pulau Ketam
Mamandagkan pulau ini bebas daripada kenderaan berenjin seperti kereta dan motor, anda boleh menjelajah pulau ini dengan menyewa basikal di kedai-kedai tempatan. Pulau ini Hiruk-pikuk kota pastinya melelahkan. Jadi, ambil peluang untuk menikmati suasana kampung yang jarang-jarang anda
rasai dalam kehidupan seharian.
3. Perkampungan nelayan
Pulau Ketam ibarat syurga bagi kaki pancing kerana majoriti penduduk Pulau Ketam ialah nelayan. Jika anda perlu membayar untuk memancing di kolam-kolam ikan, jangan risau kerana aktiviti memancing boleh dilakukan secara percuma di sini.
4. Maahad Tahfiz Mandarin
Memandangkan perkampungan ini didiami oleh masyarakat Cina dan Islam, terdapat sebuah Institusi pendidikan yang berteraskan hafalan al-Quran dan Bahasa Mandarin ditubuhkan di sini. Akademi ini dinamakan Maahad Tahfiz Mandarin yang dikelolakan oleh Ustaz Mad China (UMC).
5. Snake Temple
Nama tokong ini merupakan inspirasi dari tema tokong ini, iaitu ular. Dekorasi tokong ini semestinya bermotifkan patung dan ukiran ular di seluruh tokong.
Bukan sahaja dekorasi ular, malah terdapat juga seekor ular hidup yang disimpan di dalam sangkar. Anda tidak perlu jauh-jauh ke Pulau Pinang untuk melawat sebuah tokong bertemakan ular kerana tokong ini mempunyai keunikannya tersendiri.
6. Rainbow House
Pulau Ketam juga diserikan dengan kemeriahan warna-warni Rainbow House. Kawasan rumah di sini dicat dengan tujuh warna pelangi. Ini menjadikan tempat ini sesuai untuk anda “OOTD”. Pastinya gambar-gambar anda di sini amat menarik untuk dimuat naik ke laman sosial anda.