RUMAH SELANGORKU
Rumah Selangorku dahulunya dikenali sebagai Rumah Kos Sederhana atau Rumah Mampu Milik yang telah di branding kan semula. Langkah positif ini diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor yang juga memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik buat rakyatnya dengan menawarkan harga mampu milik malah turut memberi keselesaan kepada pemilik rumah berdasarkan saiz, rekabentuk dan komuniti setempat. Ia adalah selaras dengan objektif utama dasar perumahaan kerajaan Negeri Selangor iaitu ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ supaya setiap rakyat Selangor memiliki kemudahan tempat tinggal yang selesa, baik dan selamat untuk didiami. Rumah Selangorku yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor adalah berstatus strata yang merupakan pembangunan berbilang tingkat
Program ini diperkenalkan kerana harga rumah di pasaran pada masa kini adalah terlalu tinggi. Ini menyebabkan golongan yang berpendapatan sederhana dan juga rendah tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah. Projek – projek perumahan kos rendah yang berada di pasaran tidak dapat memberikan kemudahan sebaiknya kepada penghuni kerana rekabentuk yang kurang menarik serta terletak di kawasan yang tidak bersesuaian.
SYARAT – SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia
- Mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan pemohon bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D, mestilah RM3001.00 (minima) sebulan
- Bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis A, pendapatan isi rumah (suami dan isteri) mestilah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
- Pemohon tidak memiliki rumah sama ada bagi projek swasta atau kerajaan di negeri Selangor
- Rumah yang telah dimilik tidak dibenarkan dijual / dipindah milik dalam tempoh 5 tahun dan hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa negeri Selangor
- Setiap pembelian dan pemilikan rumah adalah untuk didiami dan tidak boleh disewakan
CARA – CARA MEMOHON
- Daftar akaun pemohon menggunakan nombor kad pengenalan
- Setelah masukkan nombor akaun, klik butang Semak. Sekiranya anda belum mendaftar, status “Tiada rekod ditemui” akan dipaparkan
- Klik butang Mohon untuk membuat permohonan
- Masukkan nombor kad pengenalan, nama, alamat emel, password serta pilih kategori bangunan, kategori dan klik daftar
- Log masuk ke akaun anda, klik Permohonan dan isikan maklumat lengkap di borang yang disediakan
- Kemudian, pilih projek yang anda ingin beli
- Dokumen berikut perlu disediakan bagi menyokong permohonan anda :
- Sesalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (bagi yang berkahwin)
- Surat nikah / sijil perkahwinan / surat pengesahan bujang
- Sesalinan penyata gaji pemohon
- Klik butang Hantar Permohonan setelah selesai upload dokumen sokongan yang diperlukan
- Permohonan yang berjaya akan diberitahu melalui emel dan surat rasmi
ZON / LOKASI PROJEK PERUMAHAN
Terdapat tiga zon kawasan projek perumahan Rumah Selangorku iaitu Zon 1, Zon 2 dan Zon 3.
Zon 1
Zon 1 ini terletak di dalam kawasan sekitar Lembah Klang yang meliputi daerah Petaling (Keseluruhan daerah Petaling, daerah Gombak), daerah Hulu Langat (Mukim Klang), daerah Klang (Mukim Klang), daerah Hulu Langat (Mukim Kajang, Cheras, Ampang dan Semenyih) dan daerah Sepang (Kawasan Cyberjaya).
Zon 2
Zon 2 ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang yang merupakan kawasan ‘sub-urban’. Zon ini meliputi daerah Gombak (Mukim Rawang dan Setapak), daerah Hulu Langat (Mukim Beranang, Hulu Langat, dan Hulu Semenyih), daerah Klang (Mukim Kapar), daerah Sepang (Keseluruhan Daerah Sepang tidak termasuk Cyberjaya), daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Bestari Jaya dan Hujung Permatang) dan juga daerah Kuala Langat (Keseluruhan Daerah Kuala Langat).
Zon 3
Zon 3 ini terletak di kawasan luar bandar yang meliputi daerah Kuala Selangor (Mukim Tanjung Karang, Pasangan, dan Hulu Tinggi), daerah Hulu Selangor (keseluruhan daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam).
Maklumat – maklumat lengkap mengenai projek Rumah Selangorku boleh didapati di laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor iaitu di http://ehartanah.lphs.gov.my. Tempoh menunggu bagi permohonan Rumah Selangorku ini adalah selama 2 tahun kerana terdapat ramai yang memohon. Walaubagaimanapun sekiranya setelah 2 tahun memohon tetapi tidak berjaya, pemohon perlu mengemukakan semula permohonan baru sekiranya masih berminat dengan projek perumahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri