Rumah WIP

Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di dalam keadaan semasa di mana harga rumah yang tinggi dan kekurangan rumah harga murah, ini menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah.

 

Dengan itu dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) disediakan untuk merealisasikan Dasar Perumahan Negara dicapai di Wilayah Persekutuan di mana keperluan pemilikan rumah diasaskan kepada keperluan penduduk yang disandarkan kepada kemampuan untuk membeli dan membayar.

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.

Apakah itu RUMAWIP? 
RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah ciri-ciri utama RUMAWIP ?

 

Adakah pemohon yang bujang layak untuk memohon RUMAWIP?
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Siapa yang boleh mendaftar untuk RUMAWIP?
Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon RUMAWIP?
Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Bolehkah dokumen sokongan dihantar melalui alamat emel RUMAWIP?
Pemohon boleh menghantar satu salinan dokumen sokongan lengkap bagi permohonan RUMAWIP melalui alamat emel urusetiarumawip@kwp.gov.my. Namun salinan asal masih perlu dihantar melalui serahan tangan atau pos kepada alamat yang telah dinyatakan bagi pengesahan pihak Urusetia RUMAWIP selanjutnya. 

Berapakah wang pendahuluan yang perlu dikemukakan oleh pemohon?
Pemohon yang telah berjaya mendapatkan unit RUMAWIP melalui sesi undian yang dijalankan perlu mengemukakan wang deposit sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

Berapakah bilangan projek yang boleh dipohon oleh pemohon?
Pemohon dibenarkan untuk memohon tidak melebihi 3 projek.

Bolehkah saya menggugurkan mana-mana permohonan projek RUMAWIP yang sudah ditutup bagi membolehkan saya memilih projek baru?
Jika pemohon menggugurkan mana-mana permohonan projek RUMAWIP maka pemohon tidak lagi layak untuk memohon sekali lagi kerana permohonan RUMAWIP adalah secara “one-time off”. Sebagai contoh, jika pemohon menggugurkan permohonan projek RUMAWIP X, kesannya adalah pemohon tidak boleh lagi memohon untuk projek tersebut untuk kali berikutnya. Namun, jika pemohon masih ingin untuk menggugurkan mana-mana projek RUMAWIP yang telah dipohon, sila nyatakan maklumat berikut untuk tindakan Urus Setia RUMAWIP:

  1. i)   Nama penuh
    ii)  Nombor Kad Pengenalan
    iii) Projek yang ingin digugurkan


Berapakah bayaran yang akan dikenakan sekiranya pemohon menarik diri dari pembelian unit RUMAWIP selepas S&P ditandatangani?
Perkara ini adalah dibawah urusan pihak pemaju. Walau bagaimanapun, berdasarkan amalan semasa yang digunapakai oleh pemaju, caj penalti 1% daripada harga unit yang ditawarkan akan dikenakan sekiranya menarik diri dari pembelian unit tersebut selepas S&P ditandatangani.

Penyata gaji pemohon yang terkini sebulan sahaja atau 3 bulan untuk dikemukakan kepada pihak Urusetia?
Pemohon boleh mengemukakan penyata gaji terkini untuk sebulan atau 3 bulan (bagi pemohon yang mempunyai pendapatan secara komisen) untuk rujukan Urus Setia RUMAWIP.

Adakah saya perlu mencetak Surat Akuan Sumpah (original) seperti di Portal RUMAWIP?
Betul. Salinan asal surat akuan sumpah yang telah disahkan dan dokumen sokongan yang lain perlu dikemukakan kepada pihak Urus Setia RUMAWIP untuk proses tapisan selanjutnya.

Bolehkah saya memohon Ketua Kampung atau wakil rakyat membuat pengesahan Surat Akaun Sumpah tersebut?
Pihak Urus Setia RUMAWIP hanya menerima pengesahan oleh Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960 sahaja. Mana-mana pengesahan oleh badan atau individu yang tidak dinyatakan adalah tidak diterima.

Bolehkah saya menggunakan Surat Akuan Sumpah yang sama bagi permohonan projek RUMAWIP yang lain?
Bermula 23 Disember 2016, pemohon hanya perlu menghantar 1 set borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap bagi projek RUMAWIP yang menjadi ke seperti yang tercatat di halaman portal RUMAWIP yang dipohon (tertakluk kepada dokumen yang dihantar dan disahkan lengkap serta memenuhi syarat-syarat permohonan RUMAWIP oleh Urus Setia RUMAWIP).

Jika saya menyewa sekarang, adakah saya perlu melampirkan salinan bil elektrik dan salinan bil air?
Ya, pemohon perlu melampirkan bil elektrik dan bil air atau dokumen lain sebagai bukti kediaman tersebut.