SAPS GURU

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS telah diperkenalkan  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani isu pengendalian data di sekolah. Sistem ini merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pelbagai data maklumat pelajar. Kewujudan sistem ini dapat mengatasi beberapa masalah data, contohnya seperti pertindihan data.

SAPS ini juga dilihat dapat membantu beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah menjalin hubungan yang lebih baik dan bekerjasama dengan lebih berkesan. Ia juga dapat menjimatkan masa kesemua pihak kerana dapat menggunakan sistem secara online. Para guru serta pihak sekolah juga tidak perlu menganalisis data serta pengiraan secara manual lagi. Malah, maklumat penting juga tidak perlu lagi dihantar secara pos.

Melalui sistem ini juga, guru – guru hanya perlu memasukkan data ke dalam sistem SAPS NKRA di laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php2. Dengan cara ini, para guru akan merasa kurang sedikit bebanan serta tugas yang terpaksa digalas setiap hari. Malah, mereka juga boleh memberi tumpuan serta fokus yang lebih baik semasa mengajar di sekolah. SAPS ini memudahkan pihak pengurusan mendapat analisis daripada Take of Value (TOV), Expected Target Result (ETR) dan Actual Result (AR) bagi memperbaiki bentuk pengajaran yang dilaksanakan, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid – murid di sekolah.

 

Guru mata pelajaran merupakan individu yang bertanggungjawab memasukkan markah murid – murid selepas berlangsungnya ujian I / II, peperiksaan  pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan samada UPSR / PT3 / SPM. Manakala guru kelas pula hanya perlu memasukkan markah di dalam sistem satu kali sahaja setahun. Pihak sekolah ataupun guru bertanggungjawab memaklumkan kepada ibu bapa melalui murid di sekolah tentang tarikh semakan keputusan dalam sistem SAPS ibu bapa. 

 

KELEBIHAN APLIKASI SAPS 

  1. Sistem ini memudahkan penyaluran maklumat secara digital
  2. Analisis peperiksaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Ia boleh dibuat berdasarkan 

     markah setiap mata pelajaran, malah guru juga boleh melihat prestasi keseluruhan pelajar 

     sepanjang tahun atau pertengahan tahun. Pencapaian serta penguasaan setiap pelajar 

     adalah sangat penting dan guru dapat memberi ulasan pelajar terhadap ibu bapa sewaktu 

     sesi perjumpaan ibu bapa di sekolah

  1. Bidang pengajaran perlu disertai dengan elemen – elemen inovasi supaya generasi 

     cemerlang dapat dilahirkan pada masa akan datang

  1. Guru – guru tidak perlu lagi berhadapan dengan tugas – tugas penyediaan dokumen yang 

     banyak serta dapat memberi tumpuan dalam meningkatkan mutu pengajaran dalam kelas

  1. Markah peperiksaan hanya perlu dimasukkan ke dalam sistem SAPS
  2. Prestasi sekolah samada sekolah di bandar atau di luar bandar dapat diukur serta dapat 

     mengesan kelemahan para pelajar bagi mengatasi permasalahan berkaitan pelajaran 

     yang dihadapi oleh murid – murid di sekolah

  1. Dapat menjaga persekitaran alam sekitar (konsep Go-Gree) kerana mengurangkan 

     penggunaan kertas, bahan kimia (dakwat)

  1. Pencapaian maklumat di mana sahaja dan pada bila – bila masa
  2. Ketepatan data dapat memudahkan perancangan yang dibuat

 

Sistem yang dibangunkan ini memberi ruang kepada kedua – dua belah pihak samada ibu bapa atau guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran serta pemantauan terhadap para pelajar samada di peringkat sekolah ataupun di rumah.

 

Sebagai panduan, berikut merupakan panduan buat para guru bagi memasukkan markah ke dalam sistem SAPS.

 

LOGIN SISTEM SAPS

  1. Layari laman web rasmi SAPS di https://sapsnkra.moe.gov.my/   
  2. Masukkan ID Pengguna, kata laluan serta kod pengesahan dan klik butang Login
  3. Skrin akan memaparkan Profil Pengguna. Pastikan nama, jawatan dan sekolah yang 

    dipaparkan adalah betul. Sekiranya maklumat yang dipaparkan tidak tepat, guru perlu 

    memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan. 

 

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN

  1. Setiap guru mata pelajaran perlu mendaftarkan mata pelajaran yang mempunyai 

    peperiksaan sahaja.

  1. Setelah masuk ke dalam sistem, klik butang Daftar MP bagi mendaftar mata pelajaran
  2. Masukkan maklumat mata pelajaran dengan mengisi maklumat Tingkatan, Kelas, Mata 

    Pelajaran / Kod Lembaga dan Bil Murid yang ambil mata pelajaran tersebut dan klik butang 

    Hantar. Pastikan bilangan murid yang mengambil mata pelajaran tersebut adalah tepat

 

KUNCI MASUK MARKAH TOV DAN ETR

  1. Guru perlu kunci masuk markah TOV dan ETR berdasarkan mata pelajaran yang telah 

     didaftarkan. 

  1. Klik butang Markah TOV / ETR di Menu Guru MP
  2. Pilih mata pelajaran yang diajar
  3. Masukkan TOV dan ETR Mata Pelajaran
  4. Klik ikon Cetak Target atau Hapus TOV / ETR Yang Bermasalah
  5. Masukkan markah TOV / ETR (Sasaran) dan klik butang Simpan Target

 

KUNCI MASUK PENCAPAIAN UJIAN / PEPERIKSAAN

  1. Guru perlu memasukkan markah pencapaian peperiksaan murid berdasarkan mata  

     pelajaran yang didaftarkan. 

  1. Bagi memulakan proses kemasukan markah, klik butang Markah Peperiksaan di senarai 

     Menu Guru MP.

  1. Pilih mata pelajaran yang diajar.
  2. Klik Ikon Mata Pelajaran untuk Papar Markah, Edit Markah dan Export Markah ke Excel.
  3. Senarai nama pelajar akan dipaparkan bersama nombor kad pengenalan. Masukkan   

     markah peperiksaan di ruang Markah dan klik butang Simpan Rekod. 

 

SEMAK PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN

  1. Guru kelas perlu membuat semakan pengisian markah peperiksaan dengan klik butang 

     Semak Key – In Markah di Menu Guru Kelas

  1. Pastikan guru kelas menyemak bilangan ambil perlu sama dengan bilangan markah
  2. Sekiranya data ini tidak sama, guru kelas perlu merujuk kepada guru mata pelajaran bagi 

     pengemaskinian markah dan kemaskini mata pelajaran

 

SEMAK LEMBARAN MARKAH MURID

  1. Klik butang Lembaran Markah untuk membuat semakan
  2. Guru kelas perlu menyemak Lembaran Markah Murid yang telah diisi. Sekiranya maklumat 

     tidak lengkap, guru kelas perlu merujuk kepada guru matapelajaran untuk pengisian  

     markah.

 

SEMAK SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  1. Klik butang Slip Keputusan di menu untuk membuat semakan.
  2. Klik ikon untuk mengisi ulasan pada setiap slip keputusan murid.
  3. Klik ikon cetak slip keputusan murid atau export slip keputusan murid kepada format excel.
  4. Guru kelas perlu memastikan kedatangan murid telah dikemaskini dan ulasan telah diisi 

     sebelum dicetak. Klik butang Hantar.

  1. Semak slip keputusan peperiksaan dan sekiranya betul dan tepat, slip boleh mula dicetak.

 

Sistem SAPS yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sangat berkesan dan efisien dalam menguruskan keputusan peperiksaan pelajar. Selain menjimatkan masa, ia juga dapat mengurangkan bebanan guru di sekolah kerana SAPS sangat meringankan tugas harian para guru.