SAPS Ibu Bapa

SAPS merupakan sebuah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang disediakan khusus buat ibu bapa pelajar. Sistem ini membolehkan ibu bapa memantau prestasi pendidikan iaitu keputusan peperiksaan anak mereka di sekolah secara online sahaja. Ibu bapa boleh mengetahui perkembangan akademik pelajar seperti markah pepeiksaan serta kedudukan pelajar di dalam kelas. Slip keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi melalui sistem ini. 

 

Kelebihan Aplikasi SAPS Kepada Ibu Bapa

  • Ibu bapa boleh mengetahui prestasi serta perkembangan pembelajaran murid dengan menyemak markah peperiksaan anak-anak di sekolah. Pemantau dan penelitian yang kerap terhadap prestasi markah pelajar antara cara yang berkesan untuk mengetahui kelemahan pelajar

 

  • Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan dengan lebih kerap, membuat analisis melalui markah ujian-ujian yang lepas sepanjang tahun. Ibu bapa juga boleh mengetahui kekuatan serta kelemahan pelajar dengan merujuk markah subjek yang rendah serta kurang memuaskan, dan mengenalpasti subjek yang perlu diberikan lebih perhatian dan tumpuan

 

  • Dapat membuat kawalan terhadap setiap keputusan peperiksaan pelajar. Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan pelajar mulai sekolah rendah hingga sekolah menengah pada bila – bila masa dan boleh mengetahuinya dengan lebih terperinci. Setiap pencapaian pelajar akan dianalisis dan dipaparkan bersama – sama nilai gred purata, gred setiap subjek, kedudukan pencapaian dan sebagainya.

 

  • Kemerosotan prestasi pelajar dalam sesetengah subjek akan lebih mudah dikenalpasti. Ibu bapa boleh menghubungi guru subjek tersebut bagi membincangkan punca kemerosotan yang dihadapi oleh pelajar sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan merosot. Kerjasama kedua – dua belah pihak bagi menangani masalah ini adalah sangat penting. Oleh itu, pelajar dapat mengharungi cabaran yang mendatang dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

 

  • SAPS ini juga membantu para ibu bapa dan guru berkomunikasi secara dua hala tanpa perlu bersemuka. Sekiranya terdapat komen, teguran atau sebagainya dari pihak ibu bapa, mereka hanya perlu meninggalkan komen di ruang yang dikhaskan. Guru pula akan mengambil tindakan sewajarnya dan akan menyelesaikan permasalahan yang diutarakan oleh ibu bapa dengan segera. Komunikasi dua hala secara alam maya ini memudahkan kedua – dua belah pihak dan dapat menjimatkan masa kedua – duanya.

 

  • SAPS IbuBapa boleh membantu para ibu bapa dalam mengenalpasti kekuatan serta kelemahan pelajar. Pencapaian anak – anak lebih mudah diketahui oleh mereka samada lebih bagus atau merosot dalam sesetengah subjek.  

 

  • Pelajar akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh apabila ibu bapa sentiasa menasihati mereka kerana prestasi sering dipantau melalui SAPS. Keputusan peperiksaan yang lebih mudah diketahui oleh ibu bapa membuatkan para pelajar akan lebih menumpukan perhatian serta berusaha memperbaiki kelemahan diri. Ibu bapa juga perlu memberi motivasi serta ruang kepada pelajar supaya mereka tidak merasa tertekan. Dengan cara ini, pelajar akan terus memperbaiki diri serta mendapat keputusan yang lebih cemerlang kerana tidak dihimpit dengan tekanan yang tinggi.

 

 

Sebagai panduan, berikut merupakan cara untuk membuat semakan keputusan peperikan dalam SAPS.

 

  1. Layari laman web SAPS Ibu Bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Sekiranya anda menghadapi kesulitan untuk mengakses sistem tersebut, pastikan anda 

    telah clear browsing cache terlebih dahulu. Dan, sekiranya anda menerima mesej Your 

    connection is not private, sila lakukan perkara berikut untuk membuat semakan :

  1. Klik butang Advanced
  2. Klik butang Proceed
  3. Skrin akan memaparkan paparan berikut :
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran (tanpa dash “-“ atau space)
  • Pilih negeri serta nama sekolah terkini
  • Klik butang Semak Laporan
  • Pilih jenis peperiksaan yang mahu disemak oleh sistem samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan
  • Klik butang Papar Slip Keputusan 
  • Klik butang Papar Markah Peperiksaan sekiranya ingin melihat keputusan yang lebih terperinci

 

Slip keputusan akan memaparkan jumlah senarai matapelajaran yang diambil, markah, gred serta markah keseluruhan peperiksaan. Markah keseluruhan yang dipaparkan merupakan penanda aras bagi peratusan pencapaian pelajar. Ia akan menentukan samada pelajar tersebut adalah lulus ataupun gagal. Para ibu bapa juga boleh melihat perbandingan kedudukan pelajar dalam kelas mahupun antara darjah.

 

Sekiranya ibu bapa menghadapi kesukaran untuk log masuk ke SAPS Ibu Bapa ini mungkin terjadi kerana pengguna telah kehilangan atau terlupa ID atau kata laluan untuk memasuki sistem. Penggunaan huruf besar atau kecil bagi ID atau kata laluan juga boleh menyebabkan pengguna gagal memasuki SAPS.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pengguna perlu menghubungi HELPDESK di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ kerana sistem tidak membenarkan pengguna mengubah ID serta kata laluan sistem. 

Jenis – jenis keputusan peperiksaan yang boleh disemak oleh para ibu bapa pelajar adalah seperti berikut :

 

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1–6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1–5)
  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

 

Walaubagaimanapun, SAPS ini tidak boleh membuat semakan keputusan peperiksaan utama seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM. Sistem ini hanya boleh membuat semakan ujian serta peperiksaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sahaja termasuklah peperiksaan percubaan.

 

Gred pemarkahan yang telah ditetapkan untu para pelajari di sekolah rendah, menengah dan menengah atas adalah seperti berikut :

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang 
  • 65-79 Gred B Baik 
  • 50-64 Gred C Memuaskan 
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum 
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum 
  • TH Tidak Hadir

 

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

 

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

 

Ibu bapa boleh mula membuat semakan keputusan berdasarkan tarikh atau takwim yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia juga akan dipaparkan setelah para guru selesai memasukkan kesemua data peperiksaan ke dalam sistem SAPS.