SAPS SISTEM SEMAKAN ONLINE

SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah. Ia telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para guru memasukkan markah peperiksaan pelajar secara online dan juga memudahkan para ibu bapa serta pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan terkini dengan lebih cepat, mudah dan teratur. Para ibu bapa hanya perlu melayari laman web SAPS untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar yang terkini. Ia boleh disemak di mana jua kerana menggunakan sistem online yang dihubungkan melalui internet dan tidak perlu merujuk kepada pihak sekolah dan guru untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. Sistem ini juga bertindak mengumpul, menyimpan dan menganalisis data dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia dan turut membantu menyelesaikan masalah pengendalian data. Ia juga dapat menjimatkan masa kerana terdapat sistem analisis keputusan peperiksaan dan tidak perlu dilakukan secara manual lagi. Sistem ini menganalisa keputusan peperiksaan berdasarkan skala gred kebangsaan. Setiap data yang dimasukkan dan disimpan di dalam sistem ini boleh dicapai oleh banyak pihak termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Ibu bapa dan juga pelajar boleh membuat semakan keputusan peperiksaan menggunakan SAPS bagi kategori peperiksaan berikut :

 

  1. Peperiksaan Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
  2. Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
  3. Ujian 1, Ujian 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan juga SPM

 

Walaubagaimanapun, bagi keputusan peperiksaan sebenar UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh

disemak melalui sistem ini.

 

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Online

Panduan dan langkah menyemak keputusan peperiksaan pelajar secara online adalah seperti berikut :

 

  1. Klik laman web berikut SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan nombor sijil kelahiran atau nombor kad pengenalan pelajar (tanpa dash (-) atau SPACE)
  3. Klik tahun peperiksaan yang dikehendaki
  4. Sila pilih samada keputusan peperiksaan Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah serta pilih Tahun Peperiksaan untuk semakan
  5. Masukkan Kod Pengesahan seperti tertera untuk pengesahan
  6. Klik butang Semak danm menu utama akan segera dipaparkan
  7. Anda boleh memilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan UPSR/PT3/SPM
  8. Klik butang Papar Slip Keputusan bagi menyemak keputusan peperiksaan yang dikehendaki

 

SAPS GURU SEKOLAH

 

Setiap guru boleh memantau prestasi pelajar mereka dengan lebih mudah dengan menggunakan sistem SAPS ini. Sistem ini boleh diakses di mana sahaja sekiranya ada talian internet. Pihak sekolah juga dapat mengukur prestasi dan pencapaian ujian yang telah diadakan dan dapat mengesan kelemahan murid melalui sistem SAPS ini. Sistem ini dapat menganalisis keputusan peperiksaan pelajar. Guru matapelajaran hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem dan ia akan diproses dan dianalisis secara automatik. Para guru tidak perlu lagi membuat analisis secara manual dan ia sangat menjimatkan masa.

 

Cara Menggunakan SAPS

 

  1. Buka laman web SAPS – https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php
  2. Masukkan ID pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Masukkan Kod Pengesahan seperti tertera untuk pengesahan
  5. Klik Login
  6. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

 

Sistem ini turut menghadapi sedikit masalah sekiranya terdapat lebih dari 1000 guru mengakses SAPS pada masa yang sama, sistem akan CRASH kerana kesesakan trafik. Masalah juga timbul kepada para guru yang berada di pedalaman dan sukar mempunyai akses internet. Walaubagaimanapun, tanggungjawab para guru untuk mengisi markah di dalam sistem SAPS merupakan amanah yang perlu dilaksanakan.