SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) ONLINE

Kerajaan telah pun mengumumkan satu berita baik buat golongan penerima Bantuan Sara Hidup iaitu Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diberikan mulai Januari 2020. Bantuan ini akan disalurkan secara tunai melalui akaun bank penerima setiap empat bulan sekali. Kadar bantuan subsidi yang diberikan adalah sebanyak RM 30.00 bagi kereta dan RM 12.00 bagi motosikal. Program Subsidi Petrol yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah sebagai menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh penduduk di Malaysia tanpa sebarang syarat, kerakyatan dan juga pendapatan.

 

Syarat – Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat – syarat kelayakan bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) seperti:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima PSP mestilah terdiri daripada penerima BSH yang beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
  3. Memiliki kenderaan yang berdaftar serta lesen memandu yang sah
  4. Had pemilikan adalah sebanyak dua buah kereta dan dua buah motosikal sahaja
  5. Kereta yang layak adalah kereta berkuasa 1600cc dan ke bawah serta kereta berkuasa melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun ke atas
  6. Kategori motosikal pula mestilah motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah serta motosikal melebihi 150cc yang telah berumur tujuh tahun ke atas

 

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mengambil  kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan di mana kebanyakannya menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel serta enjin berkapasiti enjin besar.  Oleh sebab itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan adalah dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) ini melaksanakan kadar pengapungan harga jualan runcit petrol RON95. Walau bagaimana pun, mereka akan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Manual Semakan Psp 2020

  1. Anda boleh membuat semakan kelayakan PSP dengan melayari portal rasmi psp.kpdhep.gov.my mulai 15 Oktober 2019
  2. Klik butang Checkbox, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak
  3. Paparan keputusan kelayakan akan dipaparkan
  4. Sekiranya anda layak, paparan maklumat penerima akan dipaparkan dan pilihan pengemaskinian nombor akaun disediakan dengan hanya klik butang Kemaskini
  5. Pilih nama bank dan isikan nombor akaun bank terkini
  6. Klik butang Kemaskini No Akaun
  7. Masukkan No. Akaun BSH terdahulu sebagai kod pengesahan dan klik butang OK
  8. Pilih Maklum Balas Jenis Bantuan dan klik butang Simpan untuk melengkapkan semakan kelayakan

 

Permohonan Rayuan

Terdapat beberapa sebab permohonan subsidi petrol gagal, antaranya adalah seperti kod yang tertera seperti berikut:

KOD01 Tiada rekod sebagai penerima BSH

KOD02 Alamat pemohon di Sabah / Sarawak

KOD03 Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ

KOD04 Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan

KO05 Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan

 

Pemohon boleh membuat rayuan berdasarkan kod alasan yang tertera. Hanya klik butang “Ingin Merayu” dan mengisi semula borang permohonan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

Kuota bulanan ditentukan berdasarkan subsidi petrol 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal adalah ditentukan berdasarkan kepada kajian jarak perjalanan yang lazim seseorang individu ke tempat  kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1500km atau 50 km sehari. Jumlah kadar subsidi ini yang ditetapkan untuk kedua – dua jenis kenderaan ini adalah sebanyak RM 0.30 seliter di mana ia merupakan julat kadar subsidi yang ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi pukal pada masa ini. Program ini dianggarkan menelan belanja sehingga RM 65.4 juta sebulan akan memberi manfaat kepada 2.8 juta penerima BSH.