Semakan Permohonan Yapeim

Dana Yapeim Inspirasiku adalah initiatif baru dari Yapeim bagi membantu lebih 40,000 pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dari golongan B40. Dibawah bantuan Yapiem , Pelajar Sekolah akan mendapat bantuan RM 500 dan pelajar IPT akan mendapat bantuan RM1000 bagi meringankan beban hidup mereka. Setiap keluarga boleh mendapat lebih dari satu bantuan jika mereka mempunyai beberapa anak yang layak untuk mendapat Bantuan.  Mereka yang pernah mendapat pertolongan dari Dana Yapiem sebelum ini juga boleh mendapat bantuan lagi berdasarkan kelayakan masing masing. Platform Yapeim adalah juga bagi mereka menderma bagi membantu golongan miskin untuk mendapat pertolongan.

Jenis bantuan dari Yapeim

Bantuan Awal Persekolah RM 500

Untuk pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah

Bantuan Persediakan ke IPT RM 1,000

Khas untuk pelajar yang akan melanjutan pelajaran di mana mana IPT

  1. Yapiem mempunyai dana yang besar dan mereka benar untuk membantu pelajar yang memerlukan pertolongan dari Yapiem. Yapiem telah mengagihkan bantuan kepada lebih 200,000 ribu pelajar Islam di Malaysia
  2. Mana mana pihak juga boleh menderma kepada Yapiem dan mereka berhak untuk mendapatkan pengecualian cukai KWSP atas nama “Tabung Kebajikan YAPEIM”
  3. Agihan permohonan akan dibuat secara tunai atau terus dibank ke akaun penerima

 

Permohonan Yapeim telah ditutup pada penghujung bulan Januari 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online , emel ataupun secara manual di mana-mana cawangan YAPEIM.  Borang boleh dimuat turun dari laman social Yapeim ataupun laman rasmi Yapeim. Borang yang di photostate juga diterima. Semua dokumen sokongan wajib dihantar bersama permohonan.

 

Semakan Yapeim

Semakan boleh dibuat di laman rasmi Yapeim.  Semakan permohonan sudah bermula. Semakan akan dibuka secara berperingkat di laman web rasmi Yapeim di https://www.yapeim.my/v2/

Laman Yapeim telah mengalami kesesakan pada  16 Mac 2020 namun segelintir netizen dapat membuat semakan dengan laman Yapeim

 

Syarat Kelayakan Yapeim

  • Permohonan dibuat atas nama penjaga atau ibu-bapa
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon mestilah dari golongan B40 dimana pendapatan mestilah tidak melebihi garis kemiskinan.
  • Permohonan sudah mendapat surat tawaran sekolah ataupun IPT