Semakan SPR

SURUHANJAYA PILIHANRAYA

Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, apabila mencapai umur 21 tahun hendaklah seseorang individu tersebut mendaftar sebagai pemilih Suruhanjaya Pilihanraya yang melayakkan ia untuk membuang undi semasa Pilihanraya Umum (PRU) diadakan. Pengundi yang telah layak mengundi haruslah bermastautin di bahagian atau kawasan pilihanraya yang didaftarkan serta tidak hilang kelayakan oleh undang – undang yang sedang berkuatkuasa. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, membuang undi semasa pilihanraya diadakan merupakan salah satu kewajipan bagi menentukan tampok pemerintahan negara tercinta. Para pengundi adalah disarankan membuat semakan awal bagi mengetahui tempat mengundi, Parlimen serta DUN kawasan pengundi.

Para pengundi perlu memastikan lokasi sebenar tempat mengundi di mana ia adalah berdasarkan kepada maklumat kad pengenalan. Individu yang telah mendaftar sebagai pengundi boleh menyemak lokasi mengundi secara online ataupun secara sms sahaja. Aplikasi MySPR telah dibangunkan dan boleh dimuat turun ke telefon bimbit pengguna. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple Apps secara percuma iaitu aplikasi MySPR Semak. Melalui aplikasi ini juga para pengguna boleh menyemak senarai nama calon yang bertanding di sesebuah kawasan dan boleh juga menyemak keputusan pilihanraya yang diadakan.

 

CARA MENDAFTAR UNTUK PEMILIH BIASA

Cara untuk mendaftar sebagai pemilih biasa adalah seperti berikut:

  1. Pemohon atau individu perlu ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran SPR berdekatan;
  2. Serahkan kad pengenalan kepada petugas SPR yang bertugas bagi mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Semak maklumat yang terdapat pada borang pendaftaran dan pastikan semua maklumat yang telah diisikan adalah betul dan tepat sebagaimana maklumat dalam kad pengenalan sebelum anda menandatangani borang permohonan;
  4. Dapatkan sesalinan borang pendaftaran untuk simpanan anda 

CARA UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

Anggota Tentera

Bagi pendaftaran PTH, ia adalah dari kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang  dilaksanakan oleh para pegawai JRP-ATM. Cara untuk mendaftar sebagai PTH adalah seperti berikut :

  1. Perlu menghubungi petugas-petugas SPR yang telah dilantik di kalangan pegawai JRP;
  2. Pemohon perlu serahkan kad pengenalan tentera serta MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang telah dilantik oleh SPR bagi mengisi borang pendaftaran anda.
  3. Sila semak borang pendaftaran yang telah diisi dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan tepat sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Dapatkan sesalinan borang pendaftaran untuk simpanan anda.

Nota:

  1. Bagi pusat mengundi di kalangan anggota ATM dan pasangan, ia ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  2. Anggota ATM serta pasangan sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH.
  3. Bagi anggota keluarga lain, pendaftaran adalah sebagai pemilih biasa. Pusat Mengundi ditetapkan mengikut alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH SECARA ONLINE

 

  1. Layari portal rasmi Suruhanjaya Pilihanraya di https://pengundi.spr.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa space atau “-“) dan klik butang SEMAK
  3. Beberapa maklumat berikut akan dipaparkan sebaik sahaja klik butang SEMAK. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut :

 

Maklumat Peribadi Pemilih

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Tahun Lahir
  • Jantina

 

Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan

  • Lokaliti
  • Daerah Mengundi
  • DUN
  • Parlimen
  • Negeri
  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Masa Mengundi
  • Bilangan

 

SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH SECARA SMS

 

Para pengundi juga boleh membuat semakan Daftar Pemilih menggunakan telefon bimbit yang begitu mudah.

1. Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888 (Contoh : SPR SEMAK 8201105035205); atau

2. Taip SPR<jarak>No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888 (Contoh : SPR 8201105035205)

Semakan Daftar Pemilih Secara Panggilan Ke Call Center

1. Semakan daftar pemilih juga boleh dibuat melalui call center SPR di talian 0388927000

Pengundi boleh mula membuat semakan pusat mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke-14 ini mulai Hari Isnin iaitu 16 April 2018 bagi mengetahui pusat mengundi sebenar.