Senarai Barang Bayi Baru Lahir

Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya ternanti – nanti kehadiran cahaya mata anugerah Ilahi yang melengkapkan lagi sesebuah keluarga. Apatah lagi sekiranya ia merupakan anak sulung dalam keluarga sudah tentu banyak keperluan yang perlu disediakan. Bagi yang pertama kali menimang cahaya mata, boleh jadikan artikel ini sebagai panduan penyediaan keperluan bayi baru lahir.

 

Pakaian Bayi

Tidak perlu membeli baju bersaiz new born terlalu banyak kerana bayi cepat membesar dan boleh sediakan sekitar 10 pasang sahaja. Selebihnya elok beli baju bersaiz 6 bulan ke atas. Sediakan baju baby lengan panjang, baju lengan pendek, seluar panjang, seluar pendek dan rompers.

 

Stoking dan Sarung Tangan Bayi

Sarung tangan dan stoking bayi adalah perlu bagi mengelakkan bayi kesejukan serta mengelakkan jari jemari bayi dari mencakar muka sendiri kerana semasa awal bayi belum pandai mengawal pergerakan tangan.

 

Barut

Kebiasaannya bayi yang baru lahir akan dipakaikan baru sehingga berumur 4 bulan. Tujuan pemakaian barut adalah bagi memastikan perut banyi sentiasa hangat serta mengelakkan ketidakselesaan perut. Ia juga bagi mengelakkan si bayi terdedah kepada masalah perut berangin. Selain itu, barut juga dapat mengelakkan kawasan pusat bayi dilindungi dari sebarang kecederaan kerana dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan mulai tanggal.

 

Bedung

Kain bedung yang dililit ibarat dinding rahim ibu yang membaluti seluruh badan bayi sama seperti dalam kandungan. Ia dapat memberi sensasi serta sentuhan berpanjangan kepada bayi. Bedung juga dapat mengelakkan bayi bergerak dari luar kawalan serta dapat mententeramkan bayi. Bedung mendapat pengiktirafan sains kerana memiliki kesan positif terhadap perkembangan bayi baru lahir.

 

Kain Lampin

Kain lampin sekitar sedozen sahaja. Pilih kain yang jenis tebal, kebiasaannya berwarna putih kosong adalah lebih tebal berbanding yang bercorak.

 

Lampin Pakai Buang

Sediakan 1 atau 2 pek besar lampin pakai buang bersaiz new born atau bersaiz S. Saiz lampin ini boleh bertukar kepada saiz yang lebih besar selepas beberapa minggu bergantung kepada keperluan bayi.

 

Set Tilam

Set tilam lengkap bersama bantal tidur dan bantal peluk. Sebaiknya set ini diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.

 

Selimut

Selimut berpenutup di bahagian kepala yang berfungsi menghalang udara atau angin memasuki kepala melalui ubun-ubun yang belum tutup sepenuhnya terutama pada waktu malam yang dingin. 

 

Tuala

Kebiasaannya kulit bayi agak sensitif. Pilih tuala yang diperbuat daripada kapas lembut, serap air serta tidak kasar.

 

Tisu Basah

Tisu basah untuk mengelap atau membersihkan bahagian tubuh bayi terutamanya selepas bayi buang air besar atau kecil. Antara jenama tisu basah terbaik adalah jenam Pureen.

 

Nappy liners

Ia dapat melindungi kain lampin atau lampin pakai buang dari kotoran / najis yang sukar dihilangkan. Ia juga supaya bayi sentiasa berada dalam keadaan kering semasa memakai kain lampin atau lampin pakai buang dan dapat mengelakkan berlakunya ruam lampin.

 

Nappy Krim

Nappy krim adalah perlu kerana dapat melindungi kulit bayi. Ia dapat mencegah merawat ruam lampin, kegatalan pada kulit bayi serta menghilangkan bakteria yang menyebabkan ruam lampin.

 

Topi Kepala

Topi kepala dipakaikan kepada bayi sebagai penghangat, menghindar dari gigitan nyamuk serta dapat mencegah sindrom kepala mendatar. 

 

Minyak Angin

Minyak angin seperti minyak telon, minyak yuyi atau minyak yang sesuai dengan bayi adalah perlu sebagai persediaan sekiranya bayi kembung perut dan sebagainya.

 

Gripe Water/Colic Water

(untuk kembung perut bayi)

 

Set Mandian

Sebagai permulaan, sediakan set mandian bersaiz kecil atau set percubaan sahaja kerana kulit bayi adalah sensitif, lembut dan halus. Sekiranya set mandian tersebut sesuai dengan kulit bayi, bolehlah membeli set yang lebih besar untuk kegunaan harian bayi.

 

Putik Kapas Saiz Kecil

Putik kapas digunakan untuk meletakkan ubat di bahagian pusat bayi sehingga ia betul-betul kering sepenuhnya. Ia juga digunakan untuk membersihkan kawasan cuping telinga bayi.

 

Losyen

Pada peringkat awal, kulit bayi yang baru lahir cenderung menjadi kering kerana agak sukar menyimpan kelembapan. Oleh itu, kulit bayi memerlukan kelembapan yang berterusan dan losyen bayi adalah amat diperlukan bagi menjaga kulit bayi. Selain dapat mencegah kulit kering, ia juga dapat merangsang regenerasi kulit dan losyen ini boleh dipakaikan kepada bayi secara rutin.

 

Changing Mat

Changing mat digunakan untuk menukar lampin dan ianya adalah sangat penting bagi mengelakkan najis bayi terkena tilam atau lantai. Pilih samada changing mat berasaskan kain atau pun getah yang boleh dibasuh.

 

Puting

Puting diberikan kepada bayi kerana ia dapat membantu menenangkan bayi, membantu perkembangan bayi pramatang, memenuhi sucking reflex pada bayi, mengurangkan risiko sids serta dapat membantu menguruskan bayi.

 

Botol Susu

Susu ibu juga boleh diberikan menggunakan botol susu kerana ianya lebih mudah dan selesa. Malah, para ibu boleh menyediakan susu untuk bayi sebelum keluar rumah bagi memastikan bayi sentiasa mendapat susu secukupnya.

 

Cotton ball

Cotton ball merupakan kapas yang digumpal untuk membersihkan bahagian tubuh bayi seperti kelopak mata, telinga, tali pusat dan sebagainya kerana ia bertekstur lembut sesuai untuk kulit bayi.

 

Tab Mandi

Tab mandi memudahkan ibu – ibu memandikan bayi.

 

Beg simpanan susu

Beg ini digunakan untuk menyimpan susu ibu sebelum diberikan kepada bayi.

Berus pembersih botol

Digunakan untuk membersihkan botol susu dari kotoran susu yang melekat pada dinding botol.

 

Sabun cuci botol susu khas untuk bayi

Pastikan menggunakan pencuci botol susu bagi kerana ianya lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, eczema serta endokrin. Cuci botol susu dengan pencuci yang bersesuaian dan bilas dengan bersih. Ia boleh mengelakkan dari terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus.

 

Senarai Barang Keperluan Bayi 

Beg Bayi Semasa di Hospital

Semasa hendak bersalin, para ibu perlu membawa keperluan bayi bersama untuk kegunaan sepanjang bayi berada di hospital sehinggalah discharge.

 

# Semasa di Dewan Bersalin 

  • Tuala
  • Pampers
  • Baju lengan panjang  
  • Stoking tangan & kaki
  • Bedung

 

# Hari pertama hingga hari ketiga di wad

  • Pampers
  • Baju lengan panjang jenis berlubang untuk elak bayi panas dan berpeluh (sekiranya wad tiada pendingin hawa) 
  • Barut
  • Bedung
  • Stoking tangan & kaki
  • Selimut
  • Topi bayi

 

Barang Tambahan Untuk Baby  

  • Barut Bedung
  • Stoking kaki & tangan
  • Tuala 
  • Sapu tangan
  • Baju dan seluar
  • Pampers
  • Baju lengan panjang dan seluar panjang

 

Keperluan Untuk Mandian Bayi

  • Set mandian bayi (sabun dan syampu)
  • Losyen bayi
  • Bedak bayi
  • Tisu 
  • Tisu basah
  • Minyak bayi

 

Senarai Barang Tambahan Untuk Kegunaan Bayi

 

  • Baby cot / katil bayi
  • Stroller
  • Car seat
  • Baby carrier
  • Diapers bag
  • Gunting kecil
  • Pemotong kuku
  • Nasal aspirator
  • Termometer

 

Inilah antara senarai barang keperluan bayi yang perlu disediakan oleh para ibu – bapa untuk si comel yang bakal lahir nanti. Pastinya anda tidak sabar menanti kehadiran bayi yang bakal menyinari kehidupan anda sekeluarga.