Senarai Barang Dapur Sebulan

Setiap bulan pastinya masyarakat kita akan membuat pembelian stok makanan atau barang dapur untuk kegunaan harian bagi meneruskan kehidupan. Tidak kira samada individu tersebut adalah bujang ataupun telah berkeluarga, pastinya akan membuat pembelian barang dapur. Barang dapur pula boleh dibeli di pasaraya atau juga boleh dibeli secara dalam talian. Bagi anda yang tidak pasti barang apa yang perlu dibeli sebagai simpanan atau untuk kegunaan sebulan, artikel ini mungkin boleh memberi sedikit panduan kepada anda. Jom kita semak !

 

Minyak masak 1KG murah fast shipping

Barang dapur kering (tahan lama)

  • Gas memasak
  • Beras
  • Minyak masak
  • Bawang putih dan merah
  • Halia 
  • Garam
  • Gula
  • Kicap
  • Telur
  • Tin Sardin
  • Rempah , Serbuk kari dan kurma
  • Tepung gandum
  • Ajinomoto atau serbuk perasa
  • Lada hitam
  • Susu pekat manis
  • Sup bunjut
  • Mi segera
  • Biskut
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bihun
  • Cili kering
  • Serbuk teh
  • Serbuk kopi
  • Fucuk dan suhun
  • Cuka
  • Santan kotak
  • Serbuk kunyit
  • Asam keping
  • Asam jawa

Barang dapur basah – (simpan dalam peti ais)

  • Ayam
  • Ikan 
  • Daging
  • Sotong
  • Udang
  • Nugget
  • Sosej
  • French fries
  • Sayur – sayuran
  • Buah – buahan

Barang keperluan lain

  • Sabun mandi
  • Sabun basuh pakaian
  • Pencuci tandas
  • Tisu gulung
  • Ubat gigi
  • Berus gigi
  • Bedak
  • Minyak rambut
  • Pencuci muka

Inilah antara senarai barang dapur yang diperlukan setiap bulan. Walau bagaimana pun, senarai ini mungkin berbeza bagi keperluan individu atau keluarga masing – masing.