SIMPTOM VARIAN DELTA

Virus Covid-19 telah pun bermutasi di seluruh dunia, antaranya Alpha, Beta, Gamma dan yang terkini pula varian Delta. Varian Alpha muncul di England pada September 2020, Beta dan Gamma pula dikesan di Afrika Selatan dan Brazil. Manakala varian Delta atau dikenali dengan nama B.1.617.2 pula merupakan varian terkini dan telah dikesan di negara India. Ia juga merupakan varian yang lebih berbahaya kerana lebih mudah dan lebih pantas menjangkiti orang ramai.

Varian Delta mempunyai ciri – ciri yang berbeza iaitu memiliki kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, ia mampu melekat dengan lebih kuat pada saraf sel paru – paru dan mampu mengurangkan respons antibody monoclonal. Selain itu, ia juga lebih mudah tersebar di kawasan tertutup seperti di rumah dan pejabat. Malah, ia boleh merebak sehingga hampir 2 kali ganda berbanding virus asal dan boleh menjangkiti 3.5 hingga 4 orang.

Bagi yang telah dijangkiti varian Delta akan menunjukkan symptom yang sedikit berbeza dari virus asal, antaranya adala seperti berikut :

  1. Sakit kepala berpanjangan
  2. Hidung berair / tersumbat
  3. Sakit tekak
  4. Cirit –birit
  5. Muntah
  6. Sakit Otot
  7. Keletihan dan Kelesuan

Varian Delta memiliki lebih 1,000 kali virus yang mendiami bahagian nasal dan juga saluran pernafasan manusia yang menyebabkan selesema. Individu yang mengalami selesema seharusnya memantau sebarang gejala lain seperti sakit tekak, demam serta sering memantau tahap oksigen menggunakan oximeter kerana dikhuatiri telah dijangkiti virus Covid-19. Kesedaran awal adalah sangat penting bagi mengelakkan lebih ramai dijangkiti dan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. Sekiranya varian Delta telah menyerang paru – paru, keadaan kesihatan seseorang yang dijangkiti akan merosot dengan lebih cepat sehingga menyebabkan kematian mendadak sebelum mendapat bantuan yang sewajarnya.

Biarpun anda telah lengkap 2 dos vaksin, namun masih perlu mengamalkan norma – norma baru dalam kehidupan seperti menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di tempat awam. Masyarakat juga perlu membasuh tangan dengan lebih kerap serta menggunakan hand sanitizer sebagai pelindung diri. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar rumah, adalah lebih baik hanya duduk di rumah sahaja. Anda masih boleh dijangkiti virus Covid-19 walaupun telah lengkap 2 dos vaksin. Bagi yang mempunyai symptom – symptom yang disenaraikan adalah dinasihatkan untuk membuat swab test di klinik – klinik berhampiran sebagai langkah awal supaya dapat menangani virus ini dengan lebih cepat.