SKIM BANTUAN SEWA DBKL
September 22, 2023
Skim Bantuan Sewa DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ini merupakan antara inisiatif yang diberikan oleh DBKL kepada masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah, miskin serta tidak mampu membayar sewa rumah serta mempunyai tunggakan yang tinggi dan bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
SYARAT KELAYAKAN UMUM
- Pemohon atau isi tidak mempunyai pendapatan tetap atau berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 sebulan serta mempunyai tanggungan dan berada dalam kategori berikut :
- Miskin Tegar : iaitu berpendapatan RM 580 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 140 ke bawah perkapita)
- Miskin : iaitu berpendapatan RM 940 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 240 ke bawah perkapita)
- Isi rumah atau penghuni menghidap penyakit kronik
- Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai pendapatan
- Penyewa atau pemohon merupakan penerima Bantuan Sara Diri daripada pihak kerajaan tetapi tidak menerima Bantuan Sewa Rumah
- Penyewa merupakan penerima Bantuan Sewa Rumah tetapi tidak mempunyai sebarang tunggakan sewa rumah
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan resit terkini pembayaran tunggakan sewa serta baki tunggakan. Sekurang – kurangnya sebanyak 30% daripada jumlah tunggakan atau jumlah yang telah dipersetujui oleh pegawai bertugas di kaunter Rayuan Bayaran Tunggakan perlu dijelaskan oleh pemohon.
PENYEWA ATAU PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
- Penyewa atau pemohon di mana ia dibayar oleh pemaju kerana telah dipindahkan bagi pembangunan kawasan berkenaan
- Penyewa atau pemohon telah ditempatkan di rumah sementara DBKL kerana mengalami bencana alam seperti kes kebakaran dan sebagainya
- Penyewa atau pemohon merupakan kakitangan awam yang menerima elaun perumahan setiap bulan
- Salah seorang samada isteri / suami telah membeli rumah
SYARAT – SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia serta telah berkahwin
- Mempunyai pendapatan bulanan (suami & isteri) sebanyak RM 3,000 ke bawah bagi pembelian unit Kos Rendah
- Mempunyai pendapatan bulanan (suami & isteri) sebanyak RM 4,000 ke bawah bagi pembelian unit Kos Sederhana
- Permohonan mestilah daripada pemohon yang bekerja atau tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Tidak mempunyai sebarang rumah ataupun tanah yang terletak dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
- Telah berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
KADAR SEWAAN
Kadar sewaan setiap unit yang ditawarkan oleh DBKL mempunyai kadar sewaan yang berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan. Kadar sewaan adalah seperti berikut :
Bagi Perumahan Awam / PPR MTEN :
- Unit Studio – RM 55.00 sebulan
- Unit 1 Bilik – RM 94.00 sebulan
- Unit 2 Bilik – RM 124.00 sebulan
- Unit 3 Bilik – RM 124.00 sebulan
- Unit 3 Bilik (Ubahsuai) – RM 218.00 sebulan
Bagi Perumahan Kos Sederhana Rendah
- Perumahan di Gombak 2 – RM 320.00 sebulan
- Perumahan di Kuang & Kenari – RM 250.00 sebulan
- Perumahan di Seri Pangkor – RM 250.00 sebulan
- Perumahan di Seri Tioman – RM 300.00 sebulan
BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN
- Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di Kaunter Perkhidmatan DBKL atau muat turun secara online di laman web DBKL yang tertera
- Sebarang semakan berkaitan permohonan penyewaan boleh dibuat melalui talian 03-26176158.