Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki
Golongan belia masa kini boleh memiliki rumah dengan skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (Rent To Own – RTO). Skim yang diperkenalkan ini membolehkan rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar deposit rumah sebanyak 10 peratus memiliki sebuah rumah dengan usahasama kerajaan dan institusi kewangan yang memperkenalkan skim ini buat rakyat yang kurang berkemampuan. Institusi kewangan dengan sokongan kerajaan akan menyediakan pembiayaan sebanyak RM 10 bilion melalui penyediaan jaminan sebanyak RM 3 bilion atau 30 peratus dari jumlah pembiayaan.
Skim yang diperkenalkan ini membolehkan golongan belia memiliki rumah pertama mereka dengan nilai maksima RM 500 ribu seunit. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa skim ini membolehkan pemohon menyewa rumah terlebih dahulu sehingga tempoh lima tahun dan selepas setahun, mereka diberi pilihan samada untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada tawaran harga yang ditetapkan semasa perjanjian sewaan ditandatangani.
Kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya terhadap proses pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan, serta antara institusi kewangan dan bakal pemilik rumah tersebut. Bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, kerajaan bersama Bank Simpanan Nasional selaku pengendali skim ini telah melanjutkan Skim Perumahan Belia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. Cagamas turut memberi jaminan 10 peratus melalui skim ini yang membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh, malah bantuan ansuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan turut diberikan bagi dua tahun pertama dan terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja.
Skim RTO ini memerlukan pihak pembeli dan penjual rumah menandatangi dokumen ‘lease-purchase-contract’. Di dalam kontrak ini akan dinyatakan bahawa pembeli akan menyewa rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya pembeli diberi pilihan untuk membeli rumah tersebut, yuran sebanyak 5% dari harga rumah akan dikenakan. Kebiasaannya beberapa peritus dari jumlah sewa bulanan akan dikreditkan bagi pembelian rumah.
Skim RTO Yang Diperkenalkan Oleh Kerajaan
- SP Setia Flexkey
- SP Setia Flexkey merupakan skim yang diwujudkan bagi membantu bakal pembeli rumah pertaman
- Layak untuk hartanah SP Setia Properties di sekitar Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang sahaja
- Perlu membuat bayaran deposit 3 bulan dan tidak boleh dikembalikan
- Boleh menyewa rumah SP Setia sehingga 5 tahun
- Tempoh permohonan adalah sehingga 31 Disember 2019 sahaja
- Pada tahun kelima, penyewa boleh membuat keputusan samada untuk memiliki rumah tersebut pada harga ‘lock-in’, iaitu harga semasa mula memohon kerana ia tidak dipengaruhi oleh inflasi semasa
- Pembeli berpeluang memiliki unit rumah dan lokasi yang diingini
- Tiada sebarang bayaran dikenakan sekiranya rumah yang ingin dibeli masih dalam pembinaan
- Skim Smart Sewa Selangor
- Skim Smart Sewa Selangor ditubuhkan khas oleh Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) bagi membolehkan pembelian unit Rumah Selangorku.
- Permohonan adalah bagi pasangan yang telah berkahwin sahaja
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
- Salah seorang dari pasangan mestilah bekerja atau menetap di Selangor
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki kediaman sendiri di Selangor
- Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Selangor (wajib)
Terdapat empat jenis hartanah yang ditawarkan iaitu :
- Rumah Jenis A (Rumah Kos Rendah) – Rumah jenis ini layak dipohon oleh pasangan yang berpendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Rumah Jenis B,C dan D – Rumah jenis ini layak dipohon oleh pasangan yang berpendapatan bulanan seisi rumah RM15,000 ke bawah.
iii. Anggaran kadar sewa bulanan sebuah rumah adalah antara RM 600 hingga RM 800 bergantung kepada lokasi.
- Tempoh sewaan minimum adalah selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun.
- Sebanyak 30% pemulangan sewa akan diberikan sekiranya pemohon tidak ingin memiliki rumah tersebut selepas tamat tempoh sewaan minimum.
Kelebihan RTO
Antara kelebihan RTO yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah seperti berikut :
- Pembeli tidak perlu membayar downpayment
- Pengecualian atau pengurangan duti setem diberikan
iii. Lock harga belian semasa tarikh kontrak dan boleh dijual sekiranya pasaran meningkat
- Boleh mencuba terlebih dahulu rumah serta kawasan kejiranan sebelum membuat pembelian
Dengan adanya skim ini, penyewa berpeluang memiliki rumah sendiri dengan mudah serta berbaloi.