Snooze Too Hotel di Cameron Highlands
Cameron Highlands merupakan tempat peranginan dan percutian bercuaca sejuk dan dingin. Faktor cuacanya membuatkan Cameron Highlands menjadi tumpuan para pelancong terutamanya di hujung minggu. Perancangan percutian ke Cameron Highlands sudah tentu memerlukan penginapan yang murah namun selesa. Anda boleh cuba menginap di Snooze Too Hotel yang terletak di kawasan Brinchang ini.
Snooze Too Hotel merupakan sebuah hotel bajet namun tetap menampilkan ciri – ciri moden. Ia terletak di kawasan pembangunan komersial Brinchang Square iaitu di jalan utama menuju ke arah Kea Farm. Setiap bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penginapan seperti katil yang besar serta tv LCD dan sofa jenis bean-bag. Malah, bilik penginapannya turut dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma untuk kegunaan para tetamu.
Hotel ini mempunyai kemudahan café untuk para tetamu yang menginap menjamu selera. Lokasi hotel ini sangat berhampiran dengan pasar malam Cameron Highlands yang sering diadakan semasa di hujung minggu. Selain itu, terdapat juga banyak restoran serta deretan kedai cenderamata berhampiran hotel memudahkan para pelancong untuk mendapatkan barangan yang diperlukan dengan mudah.
Antara kemudahan lain yang disediakan di hotel ini adalah perkhidmatan dobi secara manual yang boleh digunakan oleh para pengunjung yang menginap di sini. Bagi yang meletakkan kenderaan di sekitar kompleks, rebat bayaran parkir juga diberikan oleh hotel ini kepada para tetamu yang menginap.
Hotel ini mempunyai sebanyak 18 buah bilik sahaja dengan jenis bilik adalah seperti bilik double (katil king), bilik triple (katil king + single), bilik quadruple (2 katil king) dan juga bilik suite (2 katil king). Biarpun tidak banyak bilik penginapan disediakan, namun perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan hati semua.
Dekorasi bilik yang ringkas juga sangat menenangkan para tetamu yang menginap di sini. Saiz keluasan bilik juga walaupun agak terhad, namun ia tetap memberikan keselesaan buat para tetamu yang menginap. Harga bilik adalah serendah RM 100 sahaja untuk satu malam.