SplashMania WaterPark Review

 

 

Splashmania Gamuda Cove terletak di Banting , berdekatan dengan Dengkil/Cyberjaya/KLIA , Selangor. Taman Tema air ini adalah tarikan yang dibina pada tahun 2023. Terdapat 39 jenis permainan air yang boleh pengujung main di taman tema ini. Ini adalah termasuk yang untuk dewasa sahaja ataupun yang mesra keluarga.  Selain itu , terdapat juga live show yang beroperasi di Omba King, SplashMania.

Live Show

Seperti kebanyakan Taman Tema Air, minuman dan makanan luar tidak dibenarkan di dalam SplashMania Waterpark Gamuda cove.  Terdapat juga, pekerja yang mengambil photo keluarga. Foto digital adalah percuma. Pengunjung boleh download gambar mereka di aplikasi GLplay oleh Gamuda land

 

Ticket Price

Harga tiket dari RM 80 ke lebih RM150 seorang. Sila beli tiket secara online kerana harganya adalah lebih murah online. Sila membeli tiket online terlebih dahulu pada musim cuti kerana ada had tiket seharian yang dijual di taman tema ini.

Peti Keselamatan RM15 

Belon RM10

 

Kantin

Oleh kerana makanan luar tidak dibenarkan, pengungjung hanya boleh membeli makanan dari kantin yang terletak di dalam SplashMania Water Cove. Terdapat makanan tempatan dan makanan segera Fast Food yang disajikan. Harga adalah berpatutan dalam RM15 -RM 20 setiap set.

 

Apikasi GLplay

Pengujung boleh download aplikasi GLplay untuk membeli ticket mahupun untuk fungsi tertentu di Taman Tema SplashMania WaterPark

 

Keburukan

  • Harga tiket agak mahal, Kalau seorang RM100 , seisi keluarga mungkin mencecah lebih RM400.  Tetapi harga adalah berbaloi kerana Taman Tema ini Mempunyai Live Show dan banyak pekerja,lifeguard yang bertugas.  Jika anda mengunakan app GLplay, anda mungkin mendapat promosi  tawaran tiket yang lebih baik. Check harga dari masa ke semasa untuk promosi
  • Makanan di Kantin agak lambat, sila beratur sebelum 11pagi untuk membeli makanan tengah hari. Kalau anda beratur lunch hour , mungkin kena tunggu 2-3 jam. Pengujung juga boleh mengunakan app GLplay untuk membeli makanan.
  • Kurang tandas

Kebaikan

  • Taman Tema air ini dijaga dengan rapi. Keadaan Air adalah amat bersih dan amat memuaskan.
  • Terdapat banyak peyelamat kelemasan yang bertugas.
  • Pekerja membantu, Setiap permainan mempunyai banyak petugas keselamatan. Keadaan adalah amat selamat

 

Waktu Operasi

Isnin – 10am ke 6pm

Selasa Tutup

Rabu – 10am ke 6pm

Khamis -10am ke 6pm

Jumaat -10am ke 6pm

Sabtu -10am ke 6pm

Ahad -10am ke 6pm

Cuti Umum -10am ke 6pm