Spray Lipas Kereta DIY

Kedai Mr DIY menawarkan pelbagai barangan yang berkualiti dengan harga terendah serta berpatutan. Produk penjagaan diri, makanan, barangan dapur dan sebagainya boleh diperolehi di Mr DIY ini. Salah satu produk yang anda perlukan dari kedai Mr DIY adalah spray lipas kereta Mr DIY. Ia diformulasikan khas untuk membasmi kehadiran lipas yang berkeliaran di dalam kereta anda. Produk ini mengandungi bahan kimia yang sememangnya berkesan untuk membunuh lipas, malah dapat menghalang lipas untuk kembali semula. Namun, anda perlu berhati – hati ketika menggunakan produk ini kerana dikhuatiri terkena pada mata serta anggota badan yang lain bagi mengelakkan kerengsaan.

Cara Menggunakan Spray Lipas Kereta DIY

  • Dapatkan spray lipas kereta Mr DIY di kedai berhampiran
  • Kemas ruang dalaman kereta terlebih dahulu
  • Pastikan tempat duduk, lantai serta dashboard kereta bersih, tiada sebarang habuk serta kotoran
  • Hidupkan enjin kereta terlebih dahulu
  • Pasangkan pendingin hawa pada tahap maksimum
  • Goncang tin spray lipas kereta Mr DIY dengan baik sebelum buka penutup
  • Buka penutup dan tekan picu spray
  • Tutup kembali pintu kereta dan biarkan selama 20 minit
  • Kemudian, buka pintu kereta untuk pastikan lipas di dalam kereta telah mati
  • Bersihkan seluruh ruangan kereta dengan kain bersih dan kering sebelum menggunakan semula kereta anda 

Kelebihan Spray Lipas Kereta DIY

  • Mudah digunakan
  • Harga berpatutan
  • Berkesan membunuh lipas

Kekurangan Spray Lipas Kereta DIY

  • Boleh mengakibatkan kerengsaan sekiranya terkena pada kulit kerana mengandungi bahan kimia
  • Aroma yang agak kuat
  • Kesan penggunaan bersifat sementara

Kesimpulan

Pembasmian lipas dalam kereta adalah sangat penting kerana lipas merupakan serangga yang membawa kuman serta penyakit seperti E.Coli dan juga salmonella. Kehadiran lipas di dalam kereta boleh mengganggu tumpuan pemandu dan keselesaan penumpang sekiranya lipas tersebut terbang dan merayap di dalam kereta. Lipas juga boleh merosakkan ruangan dalaman kereta seperti fabric tempat duduk, kabel, plastic dan sebagainya. Sebab itulah penggunaan spray lipas ini adalah penting dan boleh dibuat secara berkala untuk membasmi kehadiran lipas perosak ini.