Tablet bawah RM500
Penggunaan tablet pada hari ini sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi kehendak peribadi. Saiz skrin yang lebih lebar berbanding telefon pintar lebih memudahkan pengguna melakukan urusan harian. Terdapat pelbagai jenis tablet dan harga juga berbeza di pasaran bergantung kepada spesifikasi tablet. Terdapat pelbagai jenis tablet dengan harga di bawah RM 500 di pasaran Malaysia. Walau pun harganya agak murah, namun tablet yang ditawarkan tetap berprestasi tinggi.
Tips Membeli Tablet Terbaik
Sebelum membuat pembelian tablet, pastikan anda telah mempertimbangkan 5 faktor utama berikut, iaitu;
Sistem Pengoperasian (OS)
Pilih spesifikasi OS yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi kerana harganya agak mahal. OS yang popular di Malaysia ada Android dan iOS. Sebaiknya pilihlah Android yang lebih mesra pengguna.
Fungsi dan Kegunaan
Jika untuk tujuan pembelajaran anak, tidak perlu beli tablet dengan spesifikasi yang tinggi sebaliknya jika tablet untuk pekerjaan harian, perlu laburkan sedikit wang untuk beli tablet berspesifikasi lebih tinggi
Celular atau WiFi
Pastikan tablet tersebut boleh membuat sambungan WiFi atau internet cellular
Bateri & Penyimpanan
Sebaiknya pilih tablet dengan bateri yang tahan lebih lama serta ruang storan yang besar cukup untuk simpan fail anda
Kualiti Kamera & Skrin
Pilih resolusi kamera yang berkualiti sekiranya gemar menonton video, merakam video, mengambil gambar serta bermain game online bagi mendapatkan imej yang lebih baik dan tajam.
Senarai Tablet Bawah RM 500
Alcatel 1T Smart Wi-Fi Tablet
Alcatel 1T Smart Tablet adalah tablet mampu milik kerana harganya agak murah dengan spesikasi yang agak baik serta sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah. Spesifikasi yang ditawarkan adalah menggunakan pemprosesan Mediatek MT8167B, Quad-Core 1.3GHz. Skrin bersaiz 10.1”, kamera hadapan dan belakang pula adalah 2MP sahaja. Saiz RAM adalah 3GB dan storan 32GB namun saiz storan boleh ditambah sehingga 128GB menggunakan kad micro sd. Harga pasaran adalah RM 399.00 seunit.
Lenovo Tab M7
Lenovo Tab M7 menggunakan CPU Octa-Core 2.0 GHz, Android 11 (Go Edition), skrin bersaiz 7 inci, menyokong micro SD serta mempunyai rangkaian 4G LTE yang menjadikan internet agak pantas. Ia berkapasiti 2GB RAM serta 32GB ROM sahaja, namun tetap berprestasi yang memuaskan. Kamera hadapan dan belakang bersaiz 2MP namun tetap menghasilkan gambar yang jelas. Harga pasaran di Shopee adalah RM 449 manakala di Lazada pula adalah RM 459.00 sahaja. Kapasiti bateri hanyalah 3750 mAh.
Lenovo Tab M8
Lenovo Tab M8 menggunakan Android 9.0 (Pie) dan CPU Quad-core 2.0 gHz Cortex-A53. Ia mempunyai skrin HD yang agak kecil iaitu bersaiz 8 inci sahaja, namun tetap berprestasi tinggi. Mempunyai kamera hadapan 2MP dan kamera belakang 5MP serta bateri 5000 mAh (non-removable). Kuasa bateri tablet ini bertahan agak lama. Ruang penyimpanan adalah 16GB dan 2GB RAM sahaja. Harga di Lazada adalah RM 479.00 sahaja.
Samsung Galaxy Tab A7 Lite
Samsung Galaxy Tab A7 Lite dikatakan menjadi pesaing kepada iPad kerana harganya yang lebih murah dan berpatutan. Ia menggunakan CPU Qualcomm SM 6115 dengan skrin 10.4 inci. Tablet ini berkapasiti 3GB dengan storan 32GB dan microSD nya boleh menyimpan sehingga 1TB. Bateri yang digunakan adalah jenis Li-Po, 7040 mAh serta non-removable dan boleh bertahan sehingga 13 jam. Mempunyai ciri pengecaman wajah seperti iPad Pro untuk membuka kekunci skrin. Harga tablet ini adalah RM 399 di Lazada dan di Shopee adalah RM 469.00.
Samsung Galaxy Tab A8
Samsung Galaxy Tab A8 menggunakan OS Android 11, One UI 3 dan CPU Octa-core, Unisoc Tiger T618. Mempunyai skrin bersaiz 10.5 inci, 4 speaker, kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Bateri berkapasiti 7040 mAh dan tahan lama, malah pengecasan semula juga adalah pantas. Berkapasiti 3GB dan 4GB dengan saiz storan 32GB serta 128GB. Tablet ini boleh melakukan tugasan multitasking dengan pantas tanpa sebarang masalah. Harga tablet ini adalah RM 448.00 di Shopee.
Samsung Tablet 10.1
Samsung Tablet 10.1 juga tidak kurang hebatnya. Dilengkapi dengan skrin FHD bersama 8GB RAM serta 128GB storan. Ia juga dilengkapi dengan kamera hadapan yang boleh dijadikan sebagai webcam. Harga di Shopee adalah RM 359.00 manakala di Lazada pula adalah RM 349.00 sahaja.
Teclast P20 HD
Menggunakan Android 10 dengan CPU 1.6GHz. Berkapasiti 4GB RAM serta 64GB ROM membolehkan pelbagai aplikasi digunakan terutamanya untuk kegunakan belajar. Saiz skrin adalah 10.1 inci, dengan kamera hadapan 2MP serta kamera belakang 5MP. Bateri berkapasiti 6000mAH dan boleh bertahan sehingga 7 jam. Harga pasaran di Shopee adalah RM 499.00 dan Lazada pula RM 474.00 dengan ciri dual-band WiFi. Tablet ini juga menyokong perisian Microsoft Office yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugasan di mana sahaja.
Huawei Tab S 10.1
Tablet ini mempunyai skrin IPS HD bersaiz 10.1 inci menjadikan ianya lebih terang. Berkapasiti 4GB dan 64GB storan serta boleh ditambah sehingga 128GB menggunakan kad memori tambahan. Ia juga mempunyai WiFi serta menyokong dual sim. Harganya agak berpatutan iaitu di Shopee sekitar RM 360.00 dan di Lazada pula hanyalah RM 345.00.
Huawei Tablet 10.5
Satu lagi tablet keluaran Huawei bersaiz 10.5 inci dengan harga di bawah RM 500. Ia berkapasiti 8GB RAM serta 512GB ROM dan bernilai RM 359.00 (Shopee) dan RM 345.00 (Lazada). Mempunyai kamera yang agak besar iaitu 16MP untuk kamera hadapan dan 12MP untuk kamera belakang. Ia juga mempunyai rangkaian 4GB untuk sambungan yang lebih pantas.
Huawei Tablet X10
Menawarkan rekabentuk yang menarik, Huawei Tab X10 dilengkapi skrin bersaiz 10.1 inci dengan kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 5MP, menghasilkan imej selfie yang lebih baik. Huawei Tab X10 menggunakan Adroid 10.1 dan dilengkapi dengan RAM 8GB dan ROM 256GB. Harga pasaran adalah serendah RM 388.00 di Lazada.
Leagoo Leapad 10S
Leagoo Leapad 10S menampilkan rekabentuk yang berbeza pada kamera belakang dengan kedudukan di bahagian atas pusat, beresolusi 5MP. Ia menggunakan 1GB RAM dan 16GB ROM sahaja. Tablet ini menggunakan Android Nougat 7.0 dengan skrin IPS bersaiz 10 inci. Kapasiti bateri pula adalah 5500mAh yang mampu bertahan lama. Harga pasaran di Lazada adalah RM 389.00 sahaja.
BDF Tablet A10
Tablet ini hampir sama reka bentuknya dengan produk Apple dengan kehadiran butang bulat (home) yang berada di bahagian bawah serta kamera belakangnya hampir sama. BDF Tablet A10 mempunyai skrin 10.1 inci yang memaparkan visual dengan agak baik. Ia turut dilengkapi dengan 8GB atau 10GB RAM dan ROM 128GB atau 256GB. Menggunakan Android 10 dengan MTK 8321 Octa-Core serta bateri berkapasiti 8000 mAh. Harga pasaran di Lazada adalah RM 230 seunit.
BDF K7
Tablet ini bersaiz lebih kecil berbanding tablet lain. Ia hanyalah bersaiz 7 inci dan dilengkapi dengan chipset octa-core, MTK8163 serta OS Android 7.0. Ruang storan ROM 16 GB dan RAM 2GB sahaja, namun tetap berprestasi baik. Walau bagaimana pun, kapasiti bateri hanyalah 2600 mAh sahaja. Harga jualan di Lazada hanyalah RM 217.00 seunit.
BDF P50
Tablet BDF P50 menggunakan Android 10 serta dilengkapi CPU 10 cores, clocked at 2.4Ghz dan GPU Mali-400. Skrin bersaiz 10.5 inci dengan saiz kamera belakang 16MP serta kamera hadapan 8MP. Saiz storan pula adalah 10GB dan boleh ditambah menggunakan kad mikro SD sehingga 512GB. Bateri yang digunakan pula bersaiz 8000mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam. Harga pasaran di Lazada adalah RM 499.00 seunit.
MT1 10.8
Tablet MT1 10.8 mempunyai reka bentuk moden dan estetik. Ia menggunakan chipset Snapdragon 845 dan Octa-core ARM 2 x A75 2.0G + 6 x A55 2.0G dengan kapasiti 12GB RAM dan 512GB ROM. Dilengkapi dengan kamera hadapan 24MP dan belakang 64MP memberikan resolusi gambar yang lebih baik. Skrin tablet bersaiz 10.8 inci memberi gambaran yang lebih jelas dan terang. Bateri tablet ini berkapasiti 8800 mAh tahan lebih lama. Harga RM 409.00 seunit.
BMAX I9
Tablet BMAX I9 merupakan tablet yang juga berharga di bawah RM 500. Ia beroperasi menggunakan OS Android 10.0 dan chipset CPU Allwinner A133 serta IMG PowerVR GE8300 GPU. Menggunakan skrin IPS 10.1 pastinya memberikan visual yang lebih baik serta jelas. Tablet ini bersaiz 2GB RAM serta 32GB ROM dengan kapasiti bateri adalah 5000 mAh yang boleh bertahan sepanjang hari untuk kegunaan biasa. Harga adalah RM 449.00 seunit dalam pasaran Lazada.
BMAX I10 Pro
BMAX I10 Pro mempunyai reka bentuk yang menarik serta kelihatan premium pada harga mampu milik. Tablet ini mempunyai skrin IPS bersaiz 10.1 inci dengan kamera selfie beresolusi 2MP serta 5MP kamera belakang. Beroperasi menggunakan OS Android 11.0 serta dilengkapi dengan chipset UNISOC Tiger T310. BMAX I10 Pro ini bersaiz 4GB RAM dan 64GB ROM sesuai untuk kegunaan biasa. Harga pasaran di Lazada adalah RM 489.00 seunit.
Vrecor N20
Vrecor N20 mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan Labrick N20. Ia mempunyai skrin IPS bersaiz 8 inci dengan kamera hadapan 5MP serta kamera belakang 13MP. Tablet ini menggunakan OS Android 10 dan CPU MT6769-Core dengan 6GB RAM serta 128GB ROM. Menggunakan bateri berkapasiti 6000 mAh dijual pada harga RM 470.00 seunit.
Vrecor A30
Vrecor A30 juga hampir sama seperti reka bentuk Labrick N20 tetapi terdapat sedikit perbezaan iaitu butang home dan kamera belakang. Tablet ini menggunakan Android 10 dan MT6769 Octa-Core CPU dengan saiz skrin 8 inci. Mengandungi 6GB RAM serta 128GB ROM. Kamera belakang adalah 13MP dan kamera hadapan 5MP pastinya memberi visual yang terang dan jelas. Harga pasaran di Lazada adalah RM 499.00.
Labrick N20
Tablet Labrick N20 memiliki reka bentuk kamera yang lebih moden serta butang home di hadapan memberi kelainan pada tablet. Mempunyai skrin IPS bersaiz 8 inci dengan bezel nipis, kamera hadapan 5MP dan belakang 13MP. Ia menggunakan OS Android 10 dengan CPU MT6769 dengan RAM 6GB serta storan 128GB. Harga pasaran Lazada adalah RM 456.00 sahaja.
Pastinya anda boleh membuat pilihan tablet mengikut kesesuaian. Harga tablet juga adalah berubah dari masa ke semasa dan anda sebagai pengguna haruslah membuat pilihan yang bijak sebelum membuat keputusan untuk membeli. Semoga artikel ini menjadi panduan bersama.