Taman Negeri Kenaboi
Taman Negeri Kenaboi, ataupun dahulunya dikenali sebagai Taman Alam Liar Kenaboi merupakan tapak perkhemahan awam dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Taman Negeri Kenaboi terletak di Jelebu , Negeri Sembilan. Sejumlah 5 hektar hutan telah diwartakan sebagai Taman Negeri Sembilan.
Cara ke Taman Negeri Kenaboi
- Hulu Langat Batu 18 , Perez , Selangor
- Jalan Pantai- Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Terdapat dua cara ke Taman Negeri Kenaboi ,aitu dengan jalan Hulu Langat batu 18, Selangor (Jalan masih dalam penyenlengaraan) ataupun melalui Pekan Pantai , Negeri Sembilan. Antara pekan yang terdekat dari Kenaboi adalah pekan Titi ataupun Kuala Klawang. Dari pekan terdekat masuknya adalah lebih kurang 1 jam. Anda tidak digalakan untuk mengunakan bas ataupun kenderaan awam kerana jalan masuk ke Taman Negeri Kenaboi adalah agak dalam.Anda akan melalui beberapa campsite seperti Kenaboi Adventure Camp , Kampung Orang Asli. Taman Negeri Kenaboi terletak di bahagian yang paling hulu. Taman Negeri Kenaboi masih boleh diakses dengan kendaraan biasa. Parkingnya adalah di Pejabat Hutan Kenaboi. Anda hanya perlu mengangkut barang lebih jauh ( 30-50 meter) dan meredah jambatan gantung ke kawasan perkhemahan.
Oleh kerana jalan masuk adalah jauh dan sedikit mencabar, anda disyorkan untuk membeli semua barang secukupnya jika bercamping beberapa malam di sini.
Kemudahan
Sejak tahun 2023, Taman Negeri Kenaboi telahpun dibaik pulih dan kemudahan telah di naik taraf. Tandas dan bilik mandi sudah mempunyai air dan bersih. Tapak perkhemahan ditabur dengan batu kerikil jenis yang tidak menankungkan air. Tapak perkhemahan juga sudah mempunyai lampu. Tapak masih tidak mempunyai powerpoint dan kuasa elektrik.
- Tandas dan bilik mandi berair
- Lampu
Harga untuk berkhemah
RM 5 setiap orang, RM 5 setiap khemah
Dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Harga untuk berkhemah adalah RM 5 untuk satu kepala dan RM 5 untuk setiap khemah untuk semalam. Jika anda mempunyai sekeluarga empat orang dan mempunyai satu khemah, harganya adalah RM 5 x4 + RM 5 (satu khemah) = RM 25 semalam. Tiketnya hanya boleh dibeli terus dari Pejabat Hutan yang terletak di pintu Taman Negeri Kenaboi. Tiada tempahan boleh dibuat.
Tarikan di sekitar Taman Negeri Kenaboi
- Lata Berungut
- Lata Kijang
- Lata Dinding