Tanah Kalumpang 13 | Kalumpang Campsite | Camping dekat Kalumpang

Tanah Kalumpang 13 merupakan dusun durian dan campsite yang terletak di Kalumpang. Satu pekan yang terletak diantara sempadan Selangor dan Perak. Antara kelebihan tapak ini adalah, ia amat luas. CO menghadkan bilangan campers dan khemah yang dipasang, oleh di tapak adalah tidak sesak walaupun pada waktu cuti sekolah.

Tapak adalah luas dan cukup privacy untuk campers. Setiap tapak mempunyai batu kerikil yang lebih tinggi , so air tidak bertakung.  Staffs juga amat bertanggungjawab dan akan membantu sekiranya terdapat banjir di tapak perkhemahan.  Untuk tapak ini. tidak perlu membuang sampah ke luar campsite. Terdapat Tong Sampah yang secukupnya . Setiap dua tapak,  ada satu tong sampah, dah ia dibersihkan setiap hari oleh staffs campsite. Terdapat Power Plug Outdoor yang secukupnya.

Terdapat 4 tandas perempuan dan 4 tandas lelaki. Tandas adalah bersih.

Kolam. Terdapat beberapa kolam ikan sesuai untuk mereka yang suka memancing. Charge untuk memancing adalah agak tinggi , dalam RM50 untuk satu joran sehari. Kebanyakankan ikan di sini adalah ikan talapia hitam.  Joran bawa sendiri.

Sungai Bernam ,Inki. Sungai di campsite ini juga amat cantik. Air adalah sejuk dan tidak terlalu deras, sesuai untuk family dan kanak-kanak. Pelampung boleh disewa dengan deposit.