TANDA KANAK – KANAK YANG DIJANGKITI COVID-19

Sejak menularnya virus Covid-19, individu yang dijangkiti virus ini kebanyakannya terdiri di kalangan golongan dewasa berbanding kanak – kanak. Jika melihat kepada data dari Negara China, sebanyak 112 daripada 2143 kanak – kanak yang disaring dijangkiti virus Covid-19 pada tahap teruk dengan kadar peratusan sebanyak 5.6%. Manakala sebanyak 13 orang pula memerlukan rawatan intensif kerana kegagalan pelbagai organ. Bagi kanak – kanak yang mempunyai penyakit seperti kanser, asma, kurang daya tahan badan atau kanak – kanak kecil adalah paling berisiko mendapat jangkitan. 

Kanak – kanak yang dijangkiti virus Covid-19 akan mengalami beberapa simptom atau tanda iaitu seperti :

  • Demam
  • Batuk
  • Muntah atau cirit – birit yang semakin teruk
  • Kelesuan atau tidak aktif
  • Sakit dada atau perut
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Tidak boleh ambil makanan atau minuman melalui mulut
  • Kesukaran bernafas
  • Kencing kurang
  • Sawan
  • Bibir atau jari kebiruan

 

Walau bagaimana pun, terdapat sebilangan kecil kanak – kanak tidak mengalami sebarang simptom. Kebanyakan kanak – kanak yang dijangkiti adalah berasal dari kluster keluarga yang tinggal bersama. Justeru, kanak – kanak juga perlu mengamalkan norma hidup baru dengan memakai pelitup muka, membasuh tangan dengan kerap dan tidak berada di kawasan atau tempat yang sesak. Rawatan segera perlu diambil sekiranya terdapat gejala seperti di atas.