Telekung Travel

Menunaikan ibadah solat adalah wajib ke atas semua umat Islam tidak mengira jantina dan umur. Pakaian yang dikenakan ketika solat juga mestilah suci, bersih dan tidak keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan riak atau menggangu tumpuan ramai semasa ingin mengerjakan solat bersama Jemaah lain. Bagi kaum Muslimah, telekung yang digunakan untuk ibadah solat pada masa kini bukan hanya berwarna putih polos, namun kini telekung yang berada di pasaran dilengkapi dengan sulaman, bercorak serta berwarna warni. Ia secara tidak langsung telah memberi perubahan besar terhadap fesyen telekung masa kini selari dengan aliran perubahan zaman, malah kini telah wujud telekung travel yang sangat memudahkan para Muslimah mengerjakan solat sekiranya berada di luar kawasan atas urusan kerja dan percutian.

Pemilihan telekung travel yang ringan, kemas, cantik, selesa, berkualiti dan sejuk antara yang menjadi keutamaan ketika pembelian. Jom kita lihat kelebihan telekung travel serta senarai pilihan telekung travel yang terdapat di Malaysia dengan harga yang berbeza.

Kelebihan Telekung Travel

  • Mudah lipat dan ringan

Kebiasaannya telekung travel menggunakan material yang ringan sehinggakan ianya mudah dilipat.

 

  • Mudah disimpan dan jimat ruang

Telekung travel yang telah dilipat kecil mudah disimpan dalam beg telekung travel. Ini akan menjimatkan ruang penyimpanan malah ianya boleh dimasukkan ke dalam beg tangan wanita.

 

  • Mudah dibawa

Saiznya yang kecil dan ringan membuatkan ianya mudah di bawa ke mana sahaja.

 

Telekung Travel Humairah 

Telekung travel Humairah mempunyai 17 warna menarik dengan sulaman ringkas, kemas dan cantik. Ia menggunakan material mix silk polyster dan saiznya adalah free size, fit S to L dan sesuai untuk wanita berketinggian 159cm dan ke bawah. Mempunyai beg pouch yang comel, compact dan senang dibawa. Harga serendah RM 29.90 sekiranya terdapat promosi.

Telekung Travel An-Najwa

Telekung ini diperbuat dari material mix polyester dengan 12 warna yang berbeza. Harga telekung ini adalah serendah RM 39.00 sahaja. Saiznya yang kecil dan ringan memudahkan ia dibawa ke mana sahaja. Warna beg adalah sama dengan warna telekung.

 

Telekung Travel Himayya Mayya Qawama

Telekung travel ini dikeluarkan oleh syarikat Himayya khusus buat wanita yang sering travel. Saiznya kecil dan ringan, pastinya mudah untuk disimpan di dalam beg tangan para Muslimah. Telekung ini menggunakan material mix cotton polyster, mempunyai sulaman yang cantik, kemas dan ringkas. Mempunyai 16 pilihan warga dengan harga serendah RM 39.00 sahaja. 

Telekung Travel Luna

Telekung travel Luna memiliki 5 pilihan warna yang menarik. Material kain yang digunakan adalah premium qualitity bubble cotton dan ironless. Kainnya agak sejuk dan tidak jarang apabila dipakai. Harga telekung ini adalah RM 45.00 sahaja dan dilengkapi dengan beg pouch.

 

Telekung Travel Roseena

Telekung travel Roseeena ini menggunakan material Hana Cotton yang lembut. Ia dilengkapi dengan sulaman corak rose yang ringkas namun tetap ekslusif. Kainnya sejuk dan tidak jarang. Telekung ini dilengkapi dengan beg pouch dan beg woven dengan harga RM 59.00 sahaja. Mempunyai 16 pilihan warna yang menarik.

 

Telekung Travel Zara Safiya

Telekung travel dewasa ini menggunakan material cotton micro premium dan kainnya lembut serta tidak panas. Tali ikat bahagian kepala bukan getah memudahkan untuk diikat mengikut keselesaan masing – masing. Bahagian pinggang kain juga menggunakan full getah sesuai untuk semua saiz pinggang. Warna telekung ini ada lima warna dengan harga RM 63.00 sahaja.

 

Telekung Travel Haseena

Telekung travel ini menggunakan high quality cotton oil kerana warna tidak mudah luntur dan tahan lama. Material kain ini juga tidak muda berbulu jika dibasuh secara kerap. Terdapat hiasan sulaman sakura pada bahagian badan telekung yang menaikkan seri si pemakai. Kainnya juga tidak terlalu ringan, tidak mudah terbang, sejuk, selesa dan bahagian muka juga kemas melekap. Sepuluh warna pilihan yang boleh dijadikan pilihan dengan harga hanyalah RM 80.00.

 

Telekung Travel Jannat 

Telekung Jannat by Lily & Rose ini menampilkan ciri – ciri yang selesa, sejuk dan simple. Menggunakan fabrik kapas yang sejuk sangat sesuai untuk semua keadaan cuaca semasa dibawa travel. Tiada sebarang sulaman atau kerawang, jahitan di bahagian muka juga agak kemas dan simple, namun tetap selesa dipakai. Telekung ini sesuai untuk yang berketinggian 173cm++ dengan labuh kain 126cm. Mempunyai empat pilihan warna pastel pastinya memberi seri kepada si pemakai. Harga RM 89.00 sahaja.

Telekung Travel Safar by Bella Ammara

Telekung ini menggunakan material bubble cotton, telekung yang tidak mudah renyuk dan ianya ringan namun tidak mudah terbang. Mempunyai metal charm stopper di bahagian ikatan telekung dan mempunyai tiga pilihan warna. Harga telekung ini adalah RM 99.00 sahaja.

 

Telekung Travel Delayla Basic Polka

Telekung Travel Delayla Basic Polka mempunyai lace di bahagian muka, bahagian dahi pula bergetah, tali ikat di belakang kepala serta bahagian dagu muka agak lebar memberi keselesaan ketika solat. Material kain adalah cotton rayon yang sejuk dan lembut ketika pakai. Didatangkan dengan beg bersip yang boleh dijadikan alas sembahyang. Telekung dan corak beg pula adalah sama dan sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang. harga telekung ini adalah RM 99.00 sahaja.

 

Telekung Travel Raihana

Telekung Raihana by Lily & Rose dilengkapi dengan beg mini sejadah pastinya memudahkan para muslimat mengerjakan solat semasa bermusafir. Telekung ini menampilkan rekaan yang elegan tetapi minimalis. Ia diperbuat dari fabrik kapas yang ringan, tidak mudah terbang dan tidak mudah renyuk. Terdapat empat pilihan warna pastel dengan sulaman berwarna putih menampilkan gaya lebih elegan. Harga telekung ini adalah RM 115.00 sahaja.

 

Telekung Travel Wrinkly Floral by Varda

Telekung Wrinkly Floral by Varda menggunakan material sejuk iaitu polyester cotton mix. Kainnya sejuk dan sedikit berat membuatkan ia tidak mudah terbang atau terselak. Pada bahagian muka adalah tanpa getah dan selesa dipakai. Kain telekungnya pula dilengkapi dengan poket kecil memudahkan penyimpanan kunci atau telefon bimbit. Terdapat empat warna pilihan iaitu olive, navy blue, blush dan grey. Harga promosi adalah RM 99 dan harga sebenar adalah RM 129.00 sahaja.

 

Telekung Travel kalsom 

Telekung Travel Kalsom menggunakan material sejuk dan sangat selesa untuk si pemakai. Didatangkan bersama beg kecil untuk menyimpan telekung yang boleh dibawa ke mana sahaja. Mempunyai sulaman bunga yang klasik dan ringkas menyerlahkan kelembutan dan kesederhanaan seorang Muslimah. Material kain tidak berat dan tidak terlalu ringan dengan bahagian mukanya adalah bergetah. Mempunyai beberapa warna yang menarik untuk dipilih pada harga RM 120.00 sahaja.

 

Telekung Travel Sofia

Telekng travel Sofia direka khusus untuk golongan wanita yang sentiasa bergerak demi memenuhi tanggungjawab dan keperluan harian. Ia memiliki berat 400gm hampir bersamaan berat 5 biji buah epal. Telekung ini tidak mudah terbang tetapi masih ringan untuk dibawa ke mana sahaja. Setelah dilipat, ianya hanya bersaiz 20cm x 20cm dan cukup muat untuk disimpan di dalam beg tangan, beg komputer riba dan juga beg luggage. Telekung travel Sofia dilengkapi dengan beg pouch dan juga sejadah travel. Harga telekung ini adalah RM 139.00 sahaja.

 

Telekung Travel Tia Zalikha

Menampilkan ciri yang berbeza dengan telekung lain, telekung ini membuat inovasi di bahagian muka agar lebih kemas serta melekap. Menggunakan material Japanese cotton premium yang membuatkan ianya ringan dan sejuk. Beg telekung berbentuk kubah boleh dijadikan sejadah mini dan sejadah ini dijahit dengan span supaya selesa ketika sujud. Beg ini juga memiliki poket yang memudahkan penyimpanan barang peribadi. Berharga RM 139.00 sahaja dengan dua pilihan warna.

 

Telekung Travel Cik Bunga 

Telekung Cik Bunga by Hanna Mirae ini direka dengan corak bunga penuh yang membuatkan si pemakai kelihatan manis. Ia diperbuat daripada material French Silk yang mudah dilipat kemas sehingga menjadi saiz kecil. Set telekung travel dilengkapi dengan mini pouch bag dan mini sejadah. Harga set telekung ini adalah RM 139.00 sahaja.

 

Telekung Travel Siti Khadijah 

Siti Khadijah bukan sahaja mengeluarkan produk telekung harian biasa, namun turut mengeluarkan travel travel. Ia menggunakan fabrik yang cepat kering dan tahan lasak. saiznya boleh dilipat menjadi lebih kecil, mempunyai beg travel dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Telekung premium ini dijual pada harga RM 248.00 sahaja.

 

Telekung Travel Zahra

Telekung Al-Zahra menggunakan material kasa rubiah yang berkualiti tinggi, sejuk dan selesa. Warna yang tahan lama, ekslusif, ringan serta mudah dibawa untuk perjalanan. Ia disertakan dengan sejadah travel yang cantik. Harga telekung ini agak premium iaitu RM 398.00 sahaja.

 

Inilah antara telekung travel yang berada di pasaran Malaysia ketika ini. Para Muslimah bolehlah membuat pilihan berdasarkan bajet, material serta corak yang menarik hati. Sebaiknya sediakanlah satu telekung travel untuk mudahberibadah walau di mana jua anda berada.