Tempat Menarik di Janda Baik, Pahang
Janda Baik, Pahang merupakan salah satu destinasi yang turut menjadi pilihan warga kota dalam mencari ketenangan dan kedamaian di hati dengan menyatukan diri bersama keindahan alam semulajadi. Di kawasan Janda Baik tidak terdapat tempat – tempat menarik untuk dilawati, namun ia merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan juga rakan – rakan serta dapat merehatkan diri dari kesibukan di ibu kota di sini. Ketika berada di Janda Baik, pengunjung akan dapat menghirup udara yang segar tanpa pencemaran asap kenderaan, suasana alam sekitar yang begitu nyaman dan deruan air sungai yang mengalir begitu menenangkan jiwa. Suhu di kawasan ini juga agak dingin membuatkan ia sering menjadi pilihan para pengunjung terutamanya dari ibu kota kerana jaraknya yang tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Ia juga sebagai salah satu destinasi untuk melepaskan tekanan bebanan kerja yang sering dihadapi oleh masyarakat ibu kota. Kebanyakan resort, chalet atau tempat penginapan yang terdapat di sekitar Janda Baik ini turut menawarkan aktiviti – aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang menginap di tempat penginapan tersebut. Malah, tempat – tempat ini sering mAntara penginapan yang boleh dikunjungi adalah seperti berikut :
- Sailor’s Rest Resort
Resort ini menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang boleh disewa oleh para pengunjung. Ia terletak di aras ketinggian 600 meter di Banjaran Titiwangsa menghidangkan udara serta atmosfera yang begitu segar dan lanskap yang begitu menarik dengan pandangan hijau yang memukau. Resort ini di kelilingi dengan anak sungai, kolam ikan, kebun serta taman bunga yang sentiasa dijaga rapi. Pengunjung boleh memilih untuk menginap samada di On-Room Annex atau Chalet Moden sekiranya menginginkan penginapan ala kampung dengan ruang balkoni yang berhadapan pemandangan sebuah taman hijau. Sekiranya inginkan pengalaman bermalam di kelilingi air, pengunjung boleh menyewa penginapan di Bouthouse yang ternyata begitu berbeza. Pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di dalam khemah yang disediakan sekiranya ingin penginapan ala camping. Penginapan di sini terletak bersebelah dengan sungai dan sangat senang untuk bermandi manda di air terjun. Selain itu, pengunjung boleh melakukan aktiviti waterfall trekking di sini.
Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
2. D’Villa Janda Baik
D’Villa Janda Baik menyediakan penginapan berkonsepkan tradisi Bali menampilkan pelbagai jenis bilik dengan sentuhan yang berbeza. Antara bilik yang disediakan adalah seperti European Premier Room, Rainforest Rooms, Modern Family Room, Modern Premier Room dan Balinese Executive Room yang mempunyai dekorasi dalaman yang berbeza – beza. Percutian di sini cukup menenangkan dengan keindahan hijau yang mendamaikan jiwa.
Alamat: A 319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
3. Seri Pengantin Resort
Sebaik sahaja tiba di kaki bukit Kampung Janda Baik, pasti pengunjung dapat melihat kewujudan Seri Pengantin Resort yang terletak di sini. Pandangan para pengunjung pasti terpukau dengan kecantikan lanskap bercirikan taman tropika yang begitu indah, kolam air yang begitu tenang, diiringi kicauan burung pastinya membuatkan pengunjung merasa begitu tenang dan damai. Resort ini menampilkan rekabentuk serta sentuhan ala kampong bagi menambahkan lagi suasana perkampungan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini selain bermandi manda di kolam renang yang dipenuhi air bukit yang begitu segar dan nyaman, pengunjung juga boleh mencuba menaiki ATV yang disediakan. Pengunjung boleh menaiki ATV dan bersiar di sekitar perkampungan Janda Baik selam 3 jam seperti yang diperuntukkan oleh pihak resort.
Alamat: Lot 686, Kg Sum Sum Hilir, Kg Janda Baik,28750 Bentong, Pahang
4. D’Hut At Janda Baik
D’Hut At Janda Baik ini terletak di dalam kawasan dusun buah – buahan. Pada musim buah, pengunjung berpeluang menikmati buah – buahan segar dari dusun ini. Penginapan yang disediakan buat para pengunjung berkonsepkan ala kampong dan sudah pasti suasana kampong itu masih diterapkan di sini. D’Hut At Janda Baik terletak berhampiran sungai dan hanya kira – kira 2 minit sahaja perjalanan untuk ke anak sungai jika ingin bermandi manda. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain trekking, pengunjung juga boleh berbasikal menggunakan basikal yang disewa dari pihak pengurusan resort. Para pengunjung juga boleh berehat dan bersantai pada hammock yang terdapat di sini serta boleh mengadakan sukaneka bersama keluarga dan rakan – rakan di halaman yang disediakan kerana cukup luas. Selain itu, para pengunjung juga boleh berenang bersama – sama ikan yang terdapat di dalam kolam ikan di sini.
Alamat : Lot 241, Sg Panjang, Kg Sum Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
5. Al Sakinah Eco Resort
Al Sakinah Eco Resort menyediakan penginapan berkonsep ‘eco resort,’ menampilkan suasana yang begitu nyaman serta membawa para pengunjung bersatu dengan keindahan semulajadi yang terdapat di sekelilingnya. Selain dihiasi dengan pokok bunga yang cantik dan segar, resort ini turut menyediakan kolam ikan buat para pengunjung. Ikan – ikan yang terdapat di dalam kolam ini boleh dipancing oleh para pengunjung dan ikan tersebut boleh dimasak oleh tukang masak restoran di resort ini. Namun, sekiranya pengunjung tidak Berjaya memperoleh sebarang ikan, pihak resort juga tetap menyediakan pakej makanan buat para pengunjung.
Alamat: Lot 5300 Lorong Lampin 1, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
6. Danau Daun Chalet
Danau Daun Chalet merupakan chalet yang berkonsepkan kampong elegan buat para pengunjung. Pelbagai jenis penginapan disediakan seperti Teratak Air yang lengkap dengan kemudahan kolam renang peribadi dan terletak di kaki bukit, Hillside Cottage dengan kemudahan kolam renang peribadi yang berlatar belakang pemandangan hutan yang menghijau, Danau I dan II yang terletak bersebelahan kolam ikan dan Danau III turut memiliki kolam peribadi serta berada di sebalik kafe. Setiap chalet memiliki ruang BBQ yang tersendiri namun para pengunjung perlu membawa peralatan BBQ sendiri.
Alamat: Lot 5347, Kampung Sum – Sum Hilir, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
7. Suria Hills Country House
Suria Hills Country House terletak di tanah berkeluasan 3 ekar menggunakan konsep gabungan rekabentuk moden dan juga elegan bersama dekorasi ala kampong. Suria Hills ini dikelilingi lanskap yang cantik diiringi air sungai yang begitu jernih serta pokok buah – buahan segar. Suasana di resort ini ternyata begitu menyenangkan hati dan fikiran para pengunjung yang datang ke sini.
Alamat: Lot 8567 Kampung Janda Baik, 28700 Bentong, Pahang
8. Le’ Manah Retreat
Le Manah Retreat terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik ini turut menawarkan penginapan yang begitu selesa serta dilengkapi dengan fasiliti yang menarik untuk beraktiviti. Kemudahan yang disediakan adalah seperti gelanggan badminton, kolam renang, gelanggang tenis dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh menaiki ATV yang turut disediakan dengan bayaran sebanyak RM 35 untuk 3 kali pusingan trek.
Alamat: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
9. D’ark Resort
D’ark Resort ini terletak di Pulau Santap, Janda Baik menampilkan suasana serta pemandangan sebuah perkampungan Melayu yang begitu klasik serta elegan. Persekitaran kawasan resort dikelilingi dengan tumbuhan semulajadi serta pokok – pokok buah-buahan. Lanskapnya yang begitu cantik dapat memukau pandangan para pengunjung. Sambil merehatkan diri di resort ini, para pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan indoor dan juga outdoor yang turut disediakan di sini. Antara sukan indoor yang disediakan adalah seperti congkak, pingpong, karom serta pelbagai jenis mainan papan. Manakala sukan outdoor pula, permainan seperti sepak takraw, bola jaring, badminton dan lain – lain permainan yang jarang dapat dimain sekiranya pengunjung berada di ibu kota. Bagi penggemar aktiviti lasak, boleh melakukan jungle trekking, memancing serta berkhemah di kawasan yang dibenarkan.
Alamat: Lot 5303 Pulau Santap, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
10. Fifty4Ferns
Fifty4Ferns merupakan chalet yang dibina dengan sentuhan moden serta kontemporari, terletak di atas tanah seluas 10 ekar dan berada pada ketinggian 700 meter dari aras laut. Chalet ini mempunyai rekabentuk lanskap yang begitu menarik, cantik serta mengujakan pandangan para pengunjung sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini. Pengunjung yang menginap di sini pasti teruja dengan kemudahan yang disediakan di sini antaranya jakuzi outdoor, kolam renang, kolam ikan, kafe, trek jogging, pondok rehat, petting zoo, gelanggang serbaguna dan banyak lagi. Fifty4Ferns menyediakan sebanyak 12 buah chalet buat para pengunjung dengan menampilkan rekabentuk Melayu klasik dari sebelah luaran dan menggunakan seni hiasan dalaman yang berkonsepkan moden kontemporari.
Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
11. Suunah Koruss Resort
Suunah Koruss Resort yang terletak di Janda Baik merupakan sebuah penginapan bercirikan suasana kampong tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan moden buat para pengunjung. Suasana di sekitar resort ini sangat mendamaikan dengan kehadiran alam semula jadi yang menghijau serta air sungai yang begitu jernih. Rumah penginapan di sini dinamakan dengan nama – nama yang sering didengari di dalam filem – filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee antaranya ialah Villa Jalan Ampas, Villa Irama, Villa Panggung, Getaran Jiwa, Retro House, Horee-horee d.an banyak lagi. Resort ini turut menyediakan gelanggang badminton, kolam renang, tempat BBQ, tempat duduk di tepian sungai dan macam – macam lagi untuk kemudahan para pengunjung.
Alamat: 13, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
12. Enderong Resort
Enderong Resort merupakan penginapan yang agak unik dan diperbuat daripada kayu kayan yang berkualiti. Pelbagai jenis penginapan yang terdapat di sini seperti Annexe Rooms sekiranya berkunjung dalam kumpulan yang kecil atau berseorangan. Selain Annexe Rooms, The Cottage yang bercirikan keMelayuan turun menjadi penginapan yang sesuai bagi kumpulan kecil pengunjung. Sekiranya pengunjung datang bersama kumpulan yang agak besar, sebaiknya menginap di Enderong House yang pasti dapat menampung kapasiti kumpulan yang datang untuk menginap di sini kerana ia merupakan sebuah rumah 3 tingkat. Enderong Resort ini berada pada ketinggian 2000 kaki dari aras laut dan suasana di resort ini sangat mengujakan setiap pengunjung yang datang. Enderong House pernah dianugerahkan dengan Anugerah Seni Bina 2004 yang diberikan oleh Malaysia Institute of Architects (PAM). Selain dijamu dengan pemandangan indah flora dan fauna yang terdapat di sini, para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, berjalan santai, melihat ikan – ikan berenang di dalam kolam, aktiviti santai bersama keluarga dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan.
Alamat: Lot C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
13. 14. 101 Resort & Spa
101 Resort & Spa menyediakan kemudahan penginapan yang bertaraf 3 bintang turut menawarkan keindahan alam flora dan fauna yang begitu menarik sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu bilik. Resort ini dikelilingi kawasan hutan serta terletak berhampiran terusan sungai yang begitu jernih serta bersih. Pengunjung boleh berehat dengan tenang di sini dan juga boleh mendapatkan rawatan spa yang turut disediakan. Selain itu, permainan ATV juga turut disediakan buat para pengunjung yang meminati permainan ATV.
Alamat: Ashida Villa, Lot 5303 Pulau Santap, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
14. Serene Retreat
Serene Retreat menyediakan penginapan berkonsepkan Bali. Ia terletak di sekitar tokong Gua Chin Swee dan Arena of Stars. Serene Retreat memiliki sebanyak 7 buah bilik penginapan yang lengkap dengan ruang balkoni memudahkan pengunjung menikmati udara yang segar serta pemandangan yang begitu mendamaikan tanpa mengira masa. Antara kemudahan lain yang boleh disediakan buat para pengunjung adalah seperti kolam renang, perkhidmatan sewa basikal serta rawatan spa yang boleh dicuba. Pengunjung yang menyewa basikal boleh bersiar – siar di kawasan persekitaran yang begitu mendamaikan.
Alamat: Lot 5358 Lorong Cherengin 2, Kg Janda Baik, Janda Baik, 28750 Pahang
15. Bidaisari Resort
Bidaisari Resort ini terletak di Kampung Cheringin, Janda Baik menawarkan penginapan dengan pemandangan alam sekitar serta deruan sungai yang mengalir berhampiran resort. Ia turut menyediakan kolam renang buat para pengunjung. Resort ini ternyata begitu menenangkan hati dan fikiran para pengunjung kerana suasana serta pemandangan di sekeliling begitu indah dengan adanya tasik serta pokok buah – buahan segar. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di sini adalah aktiviti menunggang kuda kerana resort ini mempunyai kandang kuda buat para pengunjung.
Alamat: Lorong Cheringin Satu, Kampung Cheringin Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
16. Kanopi Villa
Kanopi Villa terletak di kawasan seluar 8 hektar, di hutan hujan yang tebal dan rimbun serta berada di kaki bukit Genting Highland. Penginapan di sini menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang menarik seperti permainan ATV, aktiviti memancing di kolam, trekking ke Air Terjun Bentong, aktiviti berkhemah, aktiviti berjalan malam, permainan papan sepert mahjong, dart serta biking ke laluan berdekatan yang disediakan. Antara lain aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti lawatan ke Taman Rusa, Santuari Gajah, Taman Rama-Rama, Ladang Arnab, Taman Jepun, Flying Fox Asia paling lama (950m), Strawberry Park & Honey Bee Farm, Hot Spring, Menaiki Kereta Kabel, atau mendaki ke Gunung Nuang dengan ketingginan 1503 meter.
Alamat: Plot 25929, Kg Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
17. Happy Paradise
Happy Paradise sangat sesuai dijadikan tempat penginapan sekiranya berkunjung ke Janda Baik, Pahang. Ini kerana persekitaran tempat penginapan ini dikelilingi oleh pokok buah – buahan yang boleh dipetik segar sekiranya tiba musim buah-buahan. Ia juga menyediakan mini zoo, taman permainan kanak – kanak, kolam renang, kandang kuda, kawasan BBQ serta banyak lagi kemudahan yang disediakan. Bagi yang bercuti bersama anak – anak, sudah pasti percutian anda begitu bermakna kerana dapat meluangkan masa bersama anak – anak melakukan aktiviti yang terdapat di sini dengan penuh santai dan tenang.
Alamat: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
18. NHZ Country House
NHZ Country House terletak di kawasan seluas 1 ekar menawarkn penginapan yang penuh damai dan selesa seolah – olah pengunjung berada di rumah sendiri. Katil yang empuk sudah pasti membuatkan pengunjung lena dibuai mimpi yang mengasyikkan. Pengunjung yang menginap di sini boleh melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal dan mendaki bukit berhampiran. Pada sebelah malam, sekiranya inginkan menu BBQ, pengunjung boleh membuat permintaan kepada pihak pengurusan penginapan.
Alamat: 7, Kampung Chemperoh, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Percutian di Janda Baik, Pahang cukup menenangkan fikiran dan dapat merehatkan badan serta dapat melupakan sebentar tugas – tugas di pejabat. Persekitaran tanpa bangunan – bangunan pencakar langit, kepulan asap kenderaan yang mencemarkan cukup membuatkan para pengunjung merasa begitu rileks dan tenang. Tambahan pula sekiranya bercuti semasa musim buah – buahan, sudah pasti pengunjung dapat menikmati buah – buahan segar dari ladang sambil diiringi kicauan burung yang damai serta air sungai yang mengalir tenang. Janda Baik merupakan destinasi pilihan ramai kerana ia pasti memberi pengalaman yang terbaik kepada para pengunjungnya. Oleh sebab itu, Janda Baik sering menjadi pilihan para keluarga serta kakitangan pejabat bagi menjalankan pelbagai aktiviti riadah, percutian, team building dan sebagainya di sini. Buatlah tempahan awal kerana pada musim cuti, Janda Baik sering dikunjungi oleh pengunjung luar dan dalam Malaysia.