The Cascades My, Kuala Pilah
The Cascades adalah satu tapak perkhemahan persendirian yang terletak di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia mengambil kira-kira 1 jam perjalanan dari Bandar Kuala Lumpur. Cascades merupakan sebuah kebuan durian di cerun bukit. The Cascades terletak di atas bukit yang agak tinggi. The Cascades dikelilingi dengan hutan dan kebun kecil yang catik. The Cascades merupakan sebuah dusun durian. Terdapat bermacam jenis pokok buah durian and buah buah lain seperti manggis, rambutan dan sebagainya.
Antara kelebihan tepak perkhemahan ini adalah , ia mempunyai air terjun yang cantik dan swasta. Air terjun ini cuma boleh di akses dengan tapak Cascades menjadikan ia air terjun peribadi. Air di sini adalah amat jernih dan sejuk kerana ia adalah sumber air yang hulu dan pertama. Untuk menempah tapak di sini, anda perlu menempuh seluruh tapak sekali. Oleh itu privacy semasa bercamping di Cascades dijamin. Terdapat juga satu kolam air panas yang terletak di tapak bukit Cascades. Kolam air panas ini adalah awam.
Lokasi
- Tidak jauh dari Kuala Lumpur ( Hanya lebih kurang 1 jam dengan highway Lekas ) bergantung kepada trafik
- Terletak di tapak berbukit
The Cascades juga mempunyai kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi , dapur moden dan surau. Kebanyakan tapak khemah di sini juga mempunyai lampu . Oleh kerana tapak The Cascades amat berbukit, kesemua tempat perkhemahan dibuat di deck papan. Bekalan elektrik juga boleh didapati di Surau. Jalan ke parkir The Cascades My mungkin mencabar kerana penguna perlu meredah cerun yang tinggi sebelum sampai ke parking. Jalan hanya sehala dan separa turap. Oleh kerana jalan masuk mungkin mencabar, campers dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan yang secukupnya.
Pekerja di sini adalah peramah dan amat membantu. Pada musim durian, tapak di khemah akan di lindungi dengan jala untuk keselamatan campers.
Kemudahan
- Dapur moden dengan gas sekali
- Tandas moden
- Surau
- Deck untuk bercamping