Tips Hilangkan Batuk
Umum mengetahui bahawa batuk sebenarnya membantu membersihkan habuk, kahak serta perengsa lain dari kerongkong. Namun, ianya boleh membawa kepada masalah kesihatan sekiranya ia semakin berterusan tanpa sebarang rawatan pencegahan.
Tahukah anda, terdapat beberapa tips mudah dari rumah yang boleh diamalkan sekiranya anda mengalami batuk. Artikel ini dapat membantu anda melegakan batuk hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah sahaja.
- Madu asli
Madu asli bersifat anti-radang dan anti-bakteria yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan dapat mengurangkan iritasi. Minum air suam bercampur madu sebelum tidur bagi melegakan batuk.
- Teh herba
Teh herba dapat mengurangkan iritasi serta dapat melegakan batuk. Teh herba seperti peppermint, chamomile dan licorice bersifat anti-radang yang dapat membantu melegakan batuk. Minum teh herba suam sepanjang hari untuk hasil yang terbaik.
- Air putih
Minum air putih yang cukup setiap hari sekurang-kurangnya lapan gelas untuk kesihatan serta dapat mengelakkan hidrasi. Air putih dapat membersihkan toksin dari dalam badan serta dapat mengurangkan lendir seterusnya dapat dikeluarkan melalui batuk.
- Bawang putih
Makan bawang putih setiap hari kerana ia bersifat anti-virus dan anti-bakteria yang dapat membantu melawan jangkitan serta dapat meningkat sistem imun yang menyebabkan batuk. Tambahkan bawang putih dalam masakan atau mengambil suplemen tambahan bawang putih bagi mendapatkan khasiatnya.
- Cuka epal
Minum air suam bersama cuka epal dapat melegakan batuk serta sakit tekak kerana mengandungi asid asetik yang dapat membantu membunuh bakteria dan mencairkan lendir.
- Istirehat yang cukup
Dapatkan tidur yang cukup sekitar 7-9 jam sehari kerana ia membantu proses penyembuhan serta dapat memulihkan sistem imun. Gunakan bantal tambahan dan tinggikan kepala ketika tidur kerana ia dapat mengurangkan tekanan pada saluran pernafasan.
- Kunyit
Campurkan madu atau susu panas bersama kunyit bagi menghasilkan minuman yang dapat melegakan batuk. Kunyit kaya dengan kurkumin iaitu bahan aktif yang bersifat anti-oksida serta anti-radang dan dapat membantu mengurangkan batuk dan iritasi pada saluran pernafasan.
- Wap air panas
Menghidu wap air panas dapat melonggarkan lendir dalam saluran pernafasan serta melegakan pernafasan. Gunakan alat pengukus atau menggunakan mandian air panas bagi mendapatkan khasiat wap tersebut.
- Air garam
Guna larutan air garam bagi melegakan batuk serta sakit tekak dengan mencampurkan satu cawan air yang telah dimasak dengan 1 sudu teh garam. Bagi mengurangkan ketidakselesaan tekak, anda boleh berumur menggunakan air garam sebanyak 3 kali.
- Daun pudina
Air panas yang dicampurkan dengan daun pudina dapat mengurangkan lender serta kahak. Ia mengandungi vitamin A, B2, kalium, kalsium, besi dan juga mangan.
- Yogurt
Yogurt bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, namun ianya juga elok untuk masalah batuk kerana mengandungi laktobasilus iaitu bakteria baik.
- Bunga cengkih
Guna wap dari rebusan bunga cengkih dapat melegakan keradangan serta membantu melegakan simptom selsema, batuk, bronchitis serta asma kerana ia memiliki vitamin A, E, mineral, eugenol serta anti-oksida.
- Asam jawa
Minum campuran asam jawa bersama air suam. Asam jawa bersifat anti-histamin yang dapat membantu merawat masalah selsema, batuk, dan alahan asma. Ia juga mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imun seseorang.
- Halia
Halia bersifat anti-radang yang dapat meredakan batuk basah, batuk kering dan asma. Bahan aktif yang terdapat dalam halia juga mampu merehatkan sel membrane pada saluran pernafasan sekaligus dapat mengurangkan masalah batuk. Namun, pengambilan halia haruslah secara berwaspada kerana halia juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.
- Jus nanas
Nanas bersifat anti-radang kerana mengandungi bromelain yang dapat membantu melegakan gatal tekak dan juga batuk. Minum jus nanas asli tanpa campuran gula setiap hari.
Kesimpulan
Ini adalah antara tips dan petua yang dapat melegakan batuk secara semulajadi di rumah. Walau bagaimana pun, sekiranya batuk anda masih berlarutan, sebaiknya anda mendapatkan rawatan di klin