Uber Eats Kuala Lumpur

Selepas Uber EATS berjaya di Australia, kini tibalah masanya perkhidmatan Uber EATS pula diperkenalkan di Kuala Lumpur secara rasminya pada Ogos 2017. Sehingga kini, Uber telah melancarkan Uber EATS di 77 buah negara dan 545 bandar seluruh dunia. Uber EATS adalah servis penghantaran makanan dari restoran yang diinginkan dalam masa 10 minit atau kurang ke lokasi yang ditentukan.

Kini, anda boleh menyertai keluarga Uber EATS dengan menggunakan motosikal untuk menghantar makanan daripada restoran di kawasan Kuala Lumpur kepada pelanggan.

Daftar Pecuma Sekarang

Pilih Uber Eats, sediakan beberapa emel lain jika emel itu pernah digunakan 

Syarat kelayakan untuk menyertai Uber EATS ini adalah seperti berikut:

  • Umur: 18 tahun ke atas (lelaki atau perempuan boleh mohon)
  • Kenderaan: Motosikal tahun 2008 atau lebih baru
  • Lesen memandu class B untuk motosikal

Berikut merupakan penerangan untuk anda menyertai Uber EATS.

 

Selamat Datang ke Platform Uber EATS Kuala Lumpur!

 

Apakah kelebihan untuk bekerja melalui aplikasi Uber EATS ini?

 

  • Waktu bekerja yang fleksibel
  • Jadi bos kepada diri sendiri
  • Bayaran secara mingguan
  • Tahu pilihan restoran terbaik.

 

Bagaimana menggunakan aplikasi Uber EATS?

 

  1. Aktifkan talian (perlu ada akses internet)
  2. Sahkan tempahan.
  3. Pergi ke restoran yang dikehendaki.
  4. Tiba di restoran. (Semak tempahan dan sahkan)
  5. Mulakan perjalanan.
  6. Sempurnakan perjalanan (Tiada bayaran)
  7. Sahkan penghantaran.

 

Tips Kendalikan Makanan Semasa Penghantaran.

 

  1. Pengumpulan/Pengambilan:
  • Gunakan bag termal yang disediakan semasa mulakan perjalanan ke restoran.
  • Pastikan makanan yang disediakan adalah betul mengikut tempahan dan letakkan di dalam beg termal tersebut.

 

  1. Pembungkusan:
  • Gunakan pembahagi (divider/separator) antara makanan sejuk dan panas.
  • Letakkan makanan berstatus ‘halal’ di dalam Beg Halal.
  • Pastikan keselamatan minuman supaya tidak tertumpah.

 

  1. Kebersihan:
  • Gunakan kain pengelap basah untuk membersihkan tumpahan dan pastikan beg adalah dalam keadaan bersih untuk makanan yang dihantar.

 

Etika Penghantar Uber EATS

 

  1. Hubungi Orang yang Membuat Tempahan
  • Apabila tidak pasti lokasi orang yang membuat tempahan.
  • Ini akan meningkatkan perkhidmatan penghantaran.

 

  1. Memberi Sapaan kepada Orang yang Membuat Tempahan
  • Sekadar ringkasan sapaan seperti ‘Hello’, ‘Selamat Pagi/Petang’.

 

  1. Membuat pengesahan
  • Mengesahkan bahawa orang yang membuat tempahan adalah orang yang betul.
  • Mengesahkan makanan yang dipesan adalah betul mengikut tempahan.

Polisi Servis Penghantaran

 

  • Tunggu dalam tempoh 10 minit di lokasi.
  • Hubungi pelanggan dalam masa kurang 3 minit melalui aplikasi.
  • Jika mereka tidak dapat dihubungi, tinggalkan makanan yang ditempah di lokasi yang selamat dan pastikannya bersih. Buang makanan jika telah pastikan tiada tempat yang selamat. Hantarkan mesej notifikasi kepada pelanggan lokasi tempat letak makanan tersebut.

 

*Contoh tempat yang selamat : pintu, lobi,pondok pengawal keselamatan.

*Pastikan pelanggan tahu tempat makanan tersebut ditinggalkan.

 

INFO:

  • Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai insentif, ciri – ciri aplikasi, pengumuman terkini dan sebagainya melalui aplikasi partner Uber EATS.
  • Klik tombol kekunci untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Semak aplikasi sekurang – kurang sekali setiap hari untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Harga dan Pendapatan

 

  • Pengambilan (Pick-Up) : RM 2.80
  • Penghantaran (Drop Off) : RM 2.90
  • Per kilometer : RM 1.30
  • Bayaran Perkhidmatan : 25%

 

Bagaimana Meningkatkan Pendapatan

 

Digunakan untuk memudahkan anda mengenalpasti masa dan lokasi penghantaran

 

Kami membantu anda menjana lebih banyak pendapatan dengan – purata pendapatan  1.1X – 2.0X kali ganda!. Anda akan melihat maklumat permintaan masa sebenar (real-time) untuk membantu anda mendapatkan maklumat mengenai lokasi untuk beroperasi!

 

Bagaimana ia berlaku?

 

Sekiranya anda mengambil tempahan makanan dari restoran di lingkungan ‘Kawasan Merah’ (Boost area), jumlah tambang akan digandakan melalui nombor yang ditentukan.

 

*Sebagai contoh, tambang biasa adalah pada kadar RM10 tetapi anda mengambil tempahan di lokasi ‘Kawasan Merah’ (Boost area), maka pendapatan akan digandakan 1.5X, iaitu menjadi RM15.

 

Kelebihan

 

  • Resit dikemaskini
  • Maklumat permintaan masa sebenar
  • Berpotensi meningkatkan pendapatan setiap perjalanan.

 

Insentif

(Melalui aplikasi)

 

  • Dapatkan insentif secara mingguan di ‘Pendapatan’ dan klik Promosi
  • Selesaikan 5 perjalanan dan dapatkan RM5
  • Terima semua pesanan dapatkan RM15/jam minimum

 

Terima semua pesanan dapatkan jaminan RM10/jam minimum

Contoh :

A aktifkan talian dan terima semua pesanan untuk:

3 jam dari Isnin – Khamis Pagi & Petang

3 jam dari Isnin – Rabu Petang

1 Jam Khamis Petang

 

Isnin – Khamis Pagi : RM10 x 3 jam x 4 hari = RM 120

Isnin – Khamis Petang : RM10 x 3 jam x 4 hari = RM 120

Isnin – Rabu Petang: RM10 x 3 jam x 3 hari = RM 90

Khamis Petang :  Gagal untuk lulus cubaan = RM 0

Jaminan pendapatan : 120 + 120 + 90 = RM 330

Jumlah pendapatan dari semua pesanan yang diterima  = RM 100

Jumlah insentif diterima  = RM 230

 

Maksimum : 30 penghantaran dan dapatkan tambahan RM40

Contoh:

A lakukan 10 penghantaran di mana setiap penghantaran RM10

Primer : 10 penghantaran  x RM10 = RM100

Insentif : 10 penghantaran = RM 10

Jumlah pendapatan : 100 + 10 = RM 110

 

Contoh Anggaran Pendapatan

 

Parameter Pendapatan Permintaan Tinggi Permintaan Rendah
Jumlah Pesanan / Bulan 250 100
Purata Pendapatan / Pesanan RM 9 RM 9
Pendapatan / Bulanan 2,250 900
Pendapatan Selepas Peningkatan (Boost) (1.4x) 3,150 1,260
Jumlah Jaminan Sejam 1,500 2,300
Jumlah Pendapatan 3,150 1,500

 

Peralatan dan Cara Bayaran

 

Penghantar atau pemandu memerlukan set peralatan UBER Eats untuk melengkapkan proses permohonan

  • Set peralatan boleh diambil di GL selepas lulus pemeriksaan Latar Belakang
  • Pemandu digalakkan menggunakan set peralatan yang diberikan sepenuhnya

 

Syarikat akan membekalkan set peralatan berikut:

  1. Bag thermal makanan halal
  2. Bag thermal makanan tidak halal
  3. T-shirt
  4. Baju hujan
  5. Pengepit telefon bimbit
  6. Pengecas telefon

 

Pemandu akan dikenakan cas RM250 wang pendahuluan yang boleh dibayar secara mingguan melalui pendapatan yang diperolehi

 

Bagaimana Bayaran Diterima?

 

Penting : Masukkan maklumaat Akaun Bank Anda

 

  • Berikan maklumat akaun bank selewatnya hari Sabtu malam
  • Masukkan nama penuh anda
  • Tiada gelaran “Encik” “Dr.” dan sebagainya
  • Hanya akaun tempatan (bukan akaun simpanan, bukan akaun luar negara)
  • Anda akan menerima:
  • Penyata pendapatan pada hari Isnin
  • Bayaran di kreditkan ke akaun bank pada Hari Khamis/Jumaat

Di mana Uber EATS Beroperasi?

 

  • KLCC
  • Bukit Bintang
  • Bangsar Baru
  • Hartamas

 

Hubungi Kami

 

Laman web : partners.uber.com (Penyata pendapatan)

 

Hotline : 1800 818 459

               03-8408 1010

Hotline Kecemasan (24 Jam) : 03-2725 3060

 

Waktu Operasi : Isnin – Ahad, 9 Pagi – 6 Petang

 

Cadangan/komen : help.uber.com