UBER MENCAPAI PERSETUJUAN MENJUAL PERKHIDMATAN DI ASIA TENGGARA KEPADA GRAB

SINGAPURA : Uber Technologies Inc, menurut satu kenyataan telah mengumumkan persetujuan untuk menjual perniagaannya di Asia Tenggara serta perhidmatan penghantaran makanan Uber Eats kepada pesaing terbesar iaitu Grab. Menurut sumber yang dipetik dari portal perniagaan Bloomberg itu, pengumuman pengambilalihan ini dijangka akan diumumkan di Singapura seawal-awalnya pagi Isnin. Penjualan ini akan memberikan Uber sebanyak 25 – 30 peratus pegangan saham dalam syarikat Grab. Penjualan Uber kepada pesaing utamanya di Asia Tenggara ini menandakan pengunduran syarikat itu dari sebuah lagi pasaran utamanya, meninggalkan Grab kini bersaing dengan Go-Jek pula.

SoftBank Group Corp. yang juga mempunyai saham dalam Didi Chuxing merupakan penyokong utama Grab dan Uber telah memaksa agar penggabungan dua syarikat ini menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi sehingga billion dollar setahun. Kemasukan perkhidmatan baru dari Lyft Inc. di Amerika Syarikat juga telah menyukarkan usaha – usaha tersebut.

Wakil kedua – dua belah pihak Grab dan Uber enggan memberikan sebarang komen.

Terdapat pengunduran utama Uber dari pasaran antarabangsa di mana Travis Klanick yang merupakan bekas pegawai eksekutif Uber menjual perniagaan Uber di China pada tahun 2016 dengan pegangan saham sebanyak 17.5% kepada Didi Chuxing. Kemudiannya Uber turut bersetuju menjual perniagaannya di Rusia kepada Yandex – sejurus sebelum Dara Khosrowshahi mengambil alih sebagai ketua eksekutif.

Khosrowshahi telah berusaha untuk memulihkan kedudukan kewangan serta mengukuhkan keuntungan syarikat sebagai persediaan sebelum tawaran awam permulaan dibuka kepada umum tahun hadapan. Pengunduran daripada pasaran Asia Tenggara dapat melonjakkan keuntungan syarikat di mana sejak sembilan tahun lalu syarikat tersebut telah kerugian sebanyak US$ 10.7 bilion. Semasa perjalanan Khosrowshahi ke Asia bulan lalu, beliau telah memberikan signal di mana hanya lebih komited terhadap pasaran utama di Jepun dan India.

Grab, yang mempunyai lebih 86 juta muat turun aplikasi kini menawarkan perkhidmatan lebih keseluruh 190 buah bandar yan merentasi negara Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.